Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Pusat Mencuci Kereta Kulim - pakdin.my

mayat-wanita-separuh-bogel-kulim

Mayat wanita ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan tangan diikat ke belakang dan ditutup dengan guni plastik di belakang tandas sebuah pusat cuci kereta di Jalan Pondok Labu, Keladi, di sini, 11.45 pagi tadi.

Mangsa dipercayai warga tempatan ditemui pekerja kedai cuci kereta dalam keadaan hanya memakai coli tanpa seluar dan tertiarap.

Pekerja terbabit yang terkejut melihat mangsa kemudian terus memaklumkan kepada majikannya sebelum mereka menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad ketika dihubungi berkata, pihak polis menerima maklumat penemuan mayat itu kira-kira 12 tengah hari.

Menurutnya siasatan awal pihak polis mendapati wanita dipercayai warga tempatan itu tidak mempunyai pengenalan diri atau apa-apa dokumen bersamanya.

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan di badan dan mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

UTAMABERITAMayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Pusat Mencuci Kereta Kulim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium