Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Mayat Wanita Terbakar Di Ampang Disahkan Pelajar Kolej Swasta

Polis hari ini mengesahkan mayat wanita dengan kesan 80 peratus badannya terbakar yang ditemui empat hari lepas di Ampang adalah seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata pengesahan ini dibuat selepas pengecaman oleh bapa mangsa di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

“Dua hari lepas bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak mengatakan mangsa adalah anaknya yang hilang sejak hari Ahad lepas.

“Laporan dibuat selepas membaca laporan media berhubung kes ini dan maklumat mengenai rantai tangan dan subang, kedua-duanya emas, serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Amiruddin berkata, bapa mangsa mendakwa anaknya seorang pelajar kolej swasta telah keluar dari rumah pada Ahad lepas dengan alasan untuk bertemu rakan.

Bagaimanapun mangsa ditemui mati dengan kesan terbakar pada badannya sehari selepas itu pada hari Isnin.

“Mangsa merupakan seorang pelajar kolej swasta di Selayang dan polis sedang menyoal siasat semua rakan mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Amiruddin berkata polis juga sedang menunggu keputusan Jabatan Kimia untuk mengetahui punca dan tarikh sebenar kematian.

Berkaitan