Alor Gajah: Mayat seorang wanita berusia 20-an ditemui tergantung pada dahan pokok getah di Kilometer 192 Jalan Kuari JKR, Kampung Paya Rumput, 7.30 pagi tadi.
Menurut sumber, ketika ditemui mayat mangsa memakai baju warna merah jambu dan berseluar panjang.
“Kejadian disedari pemilik kebuh getah terbabit ketika ke kawasan itu untuk menoreh getah sebelum dia menghubungi polis.
“Pemeriksaan awal dijalankan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Mayat wanita tergantung di pokok getah https://t.co/mjIWM784an
Azmi Haron liked this on Facebook.
Mayat wanita tergantung di pokok getah: Alor Gajah: Mayat seorang wanita berusia 20-an ditemui tergantung pada… https://t.co/M62HOY0Nlt
Mayat wanita tergantung di pokok getah: Alor Gajah: Mayat seorang wanita berusia 20-an ditemui tergantung pada… https://t.co/KO8Sgg3Zq9
Sha Durin liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.