Mazlan: Peneroka Felda Masih Menderita - pakdin.my

? Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar ramai
Kita sudah kena tipu ?

Tepuk!!!!! ? ? ?

Padan muka ? dapat KERAjaan #RejimMahazalim

……….

Telah seminggu saya tidak menulis sama ada di Facebook, WhatsApp atau di media-media lain.

Ada orang kata saya kecewa sebab tidak mendapat jawatan dalam Felda. Ia berdasarkan WhatsApp, mesej pesanan ringkas dan panggilan telefon kepada saya.

Ye, saya mungkin kecewa. Namun, saya lebih kecewa dan tidak mampu untuk menutup kekecewaan saya terhadap cara pengurusan kita dan Felda menangani isu Felda, khususnya bayaran Sara Hidup terhadap kira-kira 31,000 peneroka yang terlibat dengan skim tanam semula.

Sara Hidup umpama gaji bagi peneroka. Ianya telah gagal dibayar mengikut jadual. Kegagalan kali kedua ialah pada 4 Ogos.

Berapa lama sudah lewat? Seharusnya Sara Hidup dibayar antara 23 hingga 25 hari bulan pada setiap bulan.

Saya telah salurkan isu ini kepada pemimpin terbabit. Daripada pengarah besar Felda hingga ke pengurus besar wilayah (RGM). Daripada pak menteri yang jaga Felda sampai ke menteri lain.

Di mana silapnya sampai hari ini berlarutan? Jawapan hampir standard:

“Felda sedang berdepan dengan krisis kewangan yang parah akibat mewarisi kerajaan lama.

“Bersabar, kita sedang tangani…”

Apabila peneroka hubungi saya dan menyumpah seranah, saya berusaha menjadi pendengar yang baik. Ada kalanya, makin diberi penjelasan, bertambah teruk dimakinya saya.

“Dah jadi kerajaan dan ada kuasa, isu Sara Hidup pun tak boleh selesai?

“Dulu janji macam-macam…” kata mereka diikuti dengan kata-kata carut.

Saya pun manusia biasa. Bayangkan dimaki setiap hari khususnya dalam media sosial.

Apa pun persepsi kita pada peneroka, harus ingat, mereka sedang bergelut untuk kelangsungan hidup. Mereka sedang menghadapi derita.

Nak bayar segala bil, keperluan harian, belanja anak sekolah dan lain-lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!

Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh soal Sara hidup peneroka dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Harapan 2 Ogos lalu.

Terima kasih juga buat Husam Musa yang menghubungi saya dan mengajak bersarapan pagi kelmarin sambil memberi pandangan dan nasihat berkaitan Felda.

Beliau antara sahabat yang peka tentang Felda.

“Orang lain mana tau sangat tentang Felda syeikh. Anta kena terus bantu Felda. Ana dah sebut benda ni dalam mesyuarat PH,” kata Husam.

Saya bermuhasabah. Saya yakin ada hikmah di sebalik pelantikan pengerusi Felda dan Lembaga Pengarah Felda yang baru.

Tahniah buat Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan barisan lembaga pengarah yang telah dilantik. Saya yakin atas kemampuan mereka.

Felda perlukan kepimpinan yang memiliki kelulusan tinggi dan corporate skills demi membawa Felda kembali ke era cemerlang. Saya bukan orangnya, apatah lagi tugas memulihkan semula Felda terlalu amat sukar.

Insya-Allah, saya bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti ANAK, SGK2F, MBFM, KAF dan lain lain akan terus komited memperjuangkan hak dan kepentingan peneroka serta warga Felda secara keseluruhan, meskipun dari ‘luar gelanggang’.

…………
MAZLAN ALIMAN antara aktivis paling ke depan memperjuangkan isu-isu peneroka Felda dan menjadi watak penting membuka ruang kepada Pakatan Harapan mendapat sokongan daripada peneroka di seluruh negara. Beliau juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

…….
https://pakdin.my/felda
https://pakdin.my/?s=Mazlan+Aliman

UTAMAPOLITIKMazlan: Peneroka Felda Masih Menderita

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium