MB Johor naik angin, saya bukan nak sangat jadi MB

“SAYA LEBIH SELESA JAGA KLINIK”

MB Johor Dr Shaharudin Jamal naik angin semasa perjumpaan dengan semua ketua ketua Kampung didalam negeri Johor tempoh hari.

Dia ditegur kerana datang lewat 1 jam, naik angin dan berucap secara emosi. Dia juga mengatakan bahawa dia bukan hendak sangat jadi MB malah lebih selesa jaga 3 Klinik di Pagoh.

Woi, kau sebagai MB, tak payah lah nak beremosi sangat dan mengatakan seolah olah terpaksa jadi Menteri Besar!

Oooh… sebab itu lah kau membisu ya? kita pun jarang nak dengar suara dia, memberi komen ataupun ulasan walaupun penting untuk negeri.

Sebenarnya dia ni memang tak layak dan tidak tahu menjalankan tugas sebagai Menteri Besar…. hurmm, Masalah di Pasir Gudang pun tak selesai-selesai

Projek rumah mampu milik banyak yang tertangguh. Pelaburan pun makin berkurangan. Pengerang pun dah mulai sunyi.

Peluang pekerjaan untuk graduan pun mula sukar dicari.. Kesian rakyat Johor.
#OpsJohor