MB Johor upah askar siber untuk tutup kelemahan? - pakdin.my

NAMPAKNYA Kerajaan Pakatan Harapan Johor mulai sedar bahawa mereka sudah mula goyah dengan kedudukan mereka hari ini. Malah, populariti kerajaan Pakatan Harapan Johor pun kian merudum beberapa bulan kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi apabila bencana pencemaran di Pasir Gudang kembali menyerang penduduk di kawasan tersebut pada bulan Jun yang lalu.

Sehingga ke hari ini jelas dapat kita lihat kerajaan negeri agak lambat bertindak sehinggakan ada mangsa-mangsa pencemaran ini hilang sabar dan bertindak memfailkan saman. Mungkin bagi mereka dengan cara ini sahaja akan membuka mata pihak-pihak yang berkenaan untuk segera bertindak bagi menyelesaikan
permasalahan yang berlaku di Pasir Gudang kini.

Namun selepas gagal meraih kepercayaan penduduk di Pasir Gudang bagi menangani masalah ni, Kerajaan Negeri Johor dilihat mencari alternatif mudah dengan mengupah askar siber untuk mempertahankan kerajaan yang ada pada hari ini dan meletakkan kesalahan yang berlaku di Pasir Gudang ini pada kerajaan yang lepas.

Facebook page ini telah ditubuhkan pada 27 Jun 2019 yang lalu dengan diberi nama sebagai ‘Kelab Penyokong Dr Sahruddin Jamal’. Jelas sekali penubuhan page ini bagi membela dan mempertahankan nasib kerajaan negeri yang ada pada hari ini sebelum dikecam lagi teruk kerana lambat bertindak untuk menangani isu di Pasir Gudang.

Apa yang menariknya page ini bukan sahaja mengeluarkan hujah-hujah ‘berfakta’ tetapi turut diselitkan dengan beberapa kenyataan yang cuba memburuk-burukkan dan mengaitkan kerajaan lepas dengan isu yang berlaku di Pasir Gudang pada hari ini.

Misalnya, mereka telah membuat tuduhan melulu dengan mengatakan tokey-tokey Cina kilang yang ada di Pasir Gudang sebelum ini telah membuat ‘kawtim’ dengan kerajaan lepas. Jika benar berlaku ‘kawtim’ antara mereka dengan kerajaan lepas, tunjukkan bukti supaya rakyat boleh percaya dengan dakwaan tersebut.

Atau cara paling mudah buka kertas siasatan dan siasat sendiri sama ada dakwaan yang dibuat itu benar atau hanya rekaan semata-mata. Jangan sibuk salahkan kerajaan lepas semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan pada hari ini.

Mungkin gelombang pertama pencemaran udara yang berlaku pada bulan Mac yang lalu, boleh kita salahkan kerajaan yang lepas. Tetapi ini tidak sampai tiga bulan insiden pertama berlaku, sekali lagi pencemaran udara menyerang penduduk di Pasir Gudang.

Jadi masih mahu salahkan kerajaan yang lepas juga? Selama 3 bulan ini apa yang sudah kerajaan lakukan? Sudah-sudahlah guna skrip yang sama dengan menyalahkan kerajaan yang lepas. Rakyat sudah muak dengan alasan yang sama. Sampai bila mahu gunakan alasan yang sama untuk menutup pekung di kaki sendiri? Jangan cari jalan singkat untuk menutup kelemahan sendiri dengan menyalahkan pihak lain.

Apabila sudah berada di blok kerajaan silalah jalankan tugas dengan baik bukannya sesuka hati meletakkan sesuatu kesalahan itu di bahu orang lain jika tidak dapat menyelesaikannya. Kalau asyik mahu salahkan orang lain, mudahlah sebenarnya jadi kerajaan pada hari ini!

Jika tidak mampu menyelesaikan masalah ini, lebih baik undur diri dan beri peluang kepada orang lain yang benar-benar layak untuk membela nasib rakyat di Johor khususnya penduduk di Pasir Gudang.

Dhia Hani
Persatuan Pemikir Muda Johor

UTAMAPOLITIKMB Johor upah askar siber untuk tutup kelemahan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium