33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

MB Kedah Diminta Beri Penjelasan @tankengliang


Kerajaan pakatan pembangkang negeri Kedah didesak menjelaskan kepada rakyat, kenapa projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea gagal dilaksana, seperti dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara, bagi tahun 2011.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehubungan itu diminta tampil dengan alasan kukuh bagi menerangkan kenapa perjanjian perniagaan yang membabitkan pelaburan ratusan jutaan ringgit dimeterai, tanpa kajian daya maju dibuat terlebih dahulu.

TAN KENG LIANG / KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH
“Pemuda Gerakan Kedah meminta agar Menteri Besar Kedah menjelaskan kepada rakyat Kedah kenapa Kedah Corporation Berhad tidak menjalankan due diligence. Kajian feasibility dan merujuk kepada penasihat
undang-undang negeri sebelum melakukan pelaburan yang tinggi?”.


Projek yang dimaksudkan ialah pembangunan dua kawasan balak dan ladang seluas 114, 429 hektar di daerah Goilala, wilayah tengah Papua New Guinea dan wilayah tenggara negara kepulauan itu.

Keng Liang berkata projek itu diterokai Kedah Corporation Berhad, KCB, anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah.

Pada 12 Oktober tahun 2008, KCB telah memeterai perjanjian penjualan saham dan kerjasama perniagaan dengan Mas Incorporated, PNG Limited untuk membeli 70 peratus saham bernilai RM31.2 juta ringgit dalam Mas Incorporated.

Mas Incorporated yang didaftarkan di Papua New Guinea, telah ditawar untuk membangunkan dua kawasan tanah itu yang dimiliki Baina Agro Forest Limited dan Magarida Resources Development Limited.

Untuk membiayai projek itu, KCB membuat pinjaman luar persisir sebanyak 44 juta Dolar Amerika atau kira-kira 132 juta ringgit.


Semakan audit mendapati sejumlah RM 1.36 juta ringgit daripada RM 4.67 juta ringgit telah dibayar kepada syarikat perunding pada Januari 2009 dan Oktober 2010.

Bayaran itu sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman tersebut telah dibatalkan pada Januari 2010.

Untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea, KCB meminjam 3.01 juta dari lima syarikat.

Paling ketara, KCB perlu bayar RM 1.21 juta kepada vendor bagi pindahmilik saham 70 peratus Mas Incorporated.

Bayaran kepada vendor ini, yang juga bekas pemilik Mas Incorporated, turut menimbulkan persoalan.


TAN KENG LIANG / KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH
“Adakah ia polisi kerajaan PAS Kedah untuk membuat pembayaran melalui pihak ketiga untuk melobi menteri negara tertentu untuk mendapat projek? Benarkah kerajaan negeri Kedah membayar goodwill kepada pihak ketiga untuk melobi projek di negara lain?”.

Tegasnya, rakyat negeri Kedah berhak tahu apa sebenarnya berlaku dan kerajaan negeri harus bertanggungjawab ke atas kegagalan itu.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan