26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

MB Kedah, Mukhriz Mahathir akui sambutan Ambang 100 anjuran beliau tidak dapat sambutan

Cybertrooper tak buat kerja lah ni, tak dapat dedak. ? ? ? ?

ALOR SETAR ― Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengakui kurangnya publisiti menjadi punca Malam Ambang 100 Hari Pakatan Harapan (PH) Kedah, semalam kurang mendapat sambutan dan bukannya disebabkan sabotaj oleh pihak tertentu

Mukhriz berkata post-mortem yang dijalankan oleh jawatankuasa program mendapati promosi yang terhad juga menyebabkan program yang diatur bersempena Ekspo Suka Menanti yang berlangsung dari 16 hingga 18 Ogos itu tidak diketahui rakyat Kedah.


“Daripada maklum balas yang saya terima, ramai yang tidak tahu mengenai program tersebut kerana ia kurang diuar-uarkan kepada rakyat negeri ini.

“Mereka ingat ada pameran ekspo sahaja, tetapi tidak tahu mengenai program tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Malam Ambang 100 Hari itu bertujuan untuk para exco dan menteri besar membentangkan manifesto PH Kedah yang telah dipenuhi setakat ini, namun hanya dihadiri lebih kurang 200 orang.

Mukhriz bagaimanapun yakin rakyat akan turun beramai-ramai pada 25 Ogos ini bersempena Majlis Jelajah Harapan yang akan bermula di negeri Kedah dengan dihadiri kepimpinan tertinggi PH termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Terdahulu, beliau menyerahkan 232 ekor lembu korban kepada 115 penerima bersempena Hari Raya Aidiladha di Dewan Seri Mentaloon dekat sini.

https://pakdin.my/tag/100-hari

Berita Berkaitan

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan