MB Selangor: Azmin Pilihan Utama Anwar

wpid-azmin-angkat-sumpah-mb.jpg

- Advertisement -

Walaupun mendapat perkenan pihak istana untuk mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, beberapa pihak mendakwa pelantikan Mohamed Azmin Ali bermakna matlamat ketua pembangkang kini sudah tercapai.

Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan menjadi pilihan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin pula berkata, menjadi strategi Anwar untuk mengusulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

“Hakikatnya memang itulah strategi Anwar kerana memang sekian lama dia mahukan Azmin menjadi MB.

“Segala yang lain hanyalah lakonan sahaja untuk mencipta diversion (mengalih perhatian) dan apabila Azmin diangkat menjadi MB, semakin lengkaplah kerosakan terhadap Selangor dari segi kepentingan Islam dan Melayu,” katanya.

Fairus berkata, usaha mengalih perhatian dengan usul pelantikan Presiden PKR itu hanya untuk memudahkan laluan Azmin dilantik sebagai menteri besar.

“Bagaimanapun, dalam hal ini istana tidak bersalah apa-apa pun,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit ketua umum PKR itu, Anuar Shaari berkata, Azmin adalah pilihan tepat bagi melaksanakan agenda Anwar.

“Agenda Anwar tetap untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri, walaupun dibelenggu masalah moral yang serius,” katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu, kata Anuar, kemungkinan Azmin menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Ramai Tidak Setuju Pendaftaran PN, Kata Ku Li

Veteran UMNO berpendapat cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah akan mendapat tentangan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN). Sambil berkata...

Undi Tidak Percaya Muhyiddin: Usul Mahathir Disenarai, Giliran 27

Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir...

Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren. Susulan amaran yang...

Perlekeh Hari Jumaat, Hari Makan Babi?

1. Setelah mana Menteri Agama mengumumkan Hari Jumaat sebagai Hari Jawi, reaksi sebahagian netizen Cina amat menghairankan. Mereka memerli langkah memartabatkan Jawi ini sebagai...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.