27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

MB Selangor Digesa Dedahkan Kos Pembenihan Awan @zinmohamed

‘Pembenihan Awan Bukti Selangor Bakal Berhadapan Krisis Air’

Empangan Sungai Selangor

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa tindakan pembenihan awan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bukti negeri itu berhadapan dengan krisis air yang serius.

Justeru, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kos pembenihan awan tersebut.

“Kita lihat kerajaan negeri terdesak sebab itu mereka terpaksa buat pembenihan awan apabila bacaan di Empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan 56 peratus. Bukannya melimpah ruah seperti yang didakwa oleh kerajan negeri sebelum ini.

“Justeru, kita mahu penjelasan sebenar mengenai kos pembenihan awan ini da adakah ia merupakan penyelesaian jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Umno Selangor pada Khamis.

Beliau berkata paras air yang surut di Empangan Sungai Selangor secara jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak boleh terus menerus bergantung kepada sumber air daripada empangan.

“Keadaan ini akan jadi lebih buruk apabila tiba musim kemarau yang panjang kerana penggunaan yang sangat tinggi ketika itu. Perlu ada penyelesaian alternatif yang mampu memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

“Sumber air yang mencukupi secara tidak langsung memberi kenyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di Selangor. Adakah exco dan menteri besar tidak memikirkan impak ekonomi kepada Selangor jika berlaku krisis di negeri ini,” katanya.

Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata sekiranya tindakan pembenihan awan kerap dilakukan untuk menangani masalah air, pelabur luar akan mula tidak yakin dengan kemampuan Selangor membekalkan kemudahan bertaraf dunia.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan