32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

MB Selangor Diminta Beri Penjelasan Pemilikan Bumiputera Projek Datum Jelatek

datum-jelatek

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta memberi penjelasan mengenai projek pembangunan Datum Jelatek, yang disifatkan sebagai tidak menjaga kepentingan dan hak bumiputera.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata,kenyataan Abdul Khalid menegaskan keutamaan diberikan kepada pembeli Bumiputera mencetus pelbagai keraguan.

Beliau berkata, ini kerana projek pembangunan Datum Jelatek itu mempunyaiempat blok dengan bilangan unit melebihi 600, sedangkan Menteri Besar hanya menyebut dua blok dengan 337 unit.

“Sekiranya projek pembangunan Datum Jelatek mempunyai kira-kira 674 unit, ini bermaksud Menteri Besar Selangor hanya merujuk kepada dua blok yang mempunyai 337 unit.

“Bagaimanakah dua blok yang lain. Adakah ia telah dijual kepada pelabur asing? Memandangkan projek keseluruhan melibatkan lebih 600 unit, ini bermaksud peruntukan yang disediakan kepada bumiputera hanyalah 25 peratus,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Abdul Khalid pada Rabu menegaskan projek pembangunan Datum Jelatek diberi keutamaan kepada pembeli Bumiputera dengan kuota tidak kurang daripada 50 peratus diperuntukkan kepada mereka.

Menteri Besar turut menolak dakwaan bahawa pemilikan hartanah di kawasan projek pembangunan mewah itu diberikan kepada rakyat asing.

Sehubungan itu, Noh berkata sekiranya projek pembangunan itu diteruskan, inibermaksud Abdul Khalid tidak menghayati dan memahami 10 tonggak janji beliau kepada Sultan Selangor, antaranya menjaga hak orang Melayu dan kaum lain.

“Tuan tanah projek ini iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan kuota sebanyak 50 peratus pemilikan unit hartanah di kawasan itu diberikan kepada golongan Bumiputera.

“Namun, projek mega ini diberi keutamaan kepada pelabur asing dan promosi di buat di negara Singapura. Ini jelas menunjukkan Menteri Besar Selangor tidak menjaga kepentingan dan memberi keutamaan kepada bumiputera di dalam projek ini,” jelas beliau.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan