MB Selangor khianati Aku Janji kepada Sultan - pakdin.my

Sejarah terukir di Selangor MB Khalid Ibrahim terpaksa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dengan memegang lembing sebagai simbolik taat setia kepada Sultan dan rakyat Selangor serta terpaksa melafazkan akujanji agar menjaga kepentingan agama dan bangsa.
Sejarah terukir di Selangor MB Khalid Ibrahim terpaksa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dengan memegang lembing sebagai simbolik taat setia kepada Sultan dan rakyat Selangor serta terpaksa melafazkan akujanji agar menjaga kepentingan agama dan bangsa.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika dilantik sebagai Menteri Besar.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, arahan Abdul Khalid supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu yan g dirampas memperlihatkan menteri besar itu telah tunduk dengan desakan DAP.

Dalam satu kenyataanny Noh menegaskan, antara kandungan Aku Janji yang dilafazkan Abdul Khalid adalah akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

UMNO Selangor juga kata Noh kesal dengan Abdul Khalid yang tidak memahami Penyelesaian 10 Peraturan (10 Points Agreement) yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan kerana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri.

“Penyelesaian 10 perkara itu juga hanyalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Bible versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah selain hanya satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan,” kata Noh.

Menurut beliau lagi, kenyataan Abdul Khalid juga menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa eksekutif telah mencampuri kuasa pelaksanaaan undang-undang kerana JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada.

Kenyataan Abdul Khalid untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu ini pula disifatkan satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan.

“Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak,” jelas Noh.

—-

KENYATAAN MEDIA

BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR

MENTERI BESAR SELANGOR KHIANATI AKUJANJI

1. UMNO Selangor melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor terhadap isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh JAIS jelas menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan DYMM Sultan Selangor ketika perlantikan sebagai Menteri Besar.

2. Antara Aku Janji yang dilafazkan oleh beliau adalah beliau berjanji akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

3. UMNO Selangor kesal dengan Menteri Besar yang tidak memahami penyelesaian 10 Peraturan yang diluluskan oleh kabinet kerana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri. Penyelesaian 10 perkara ini  hanyalah satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan. 10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah.

4. Kenyataan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa executive telah mencampuri kuasa perlaksana undang-undang di negeri Selangor kerana JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada.

5. Sebagai seorang Menteri Besar beliau wajib membantu DYMM Sultan Selangor mempertahankan kesucian agama Islam dan bukan hanya bergantung kepada DYMM Sultan Selangor sahaja. Oleh sebab itu di dalam perlembagaan negeri Selangor ada menyebut bahawa hanya orang Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi Menteri Besar.

6. UMNO Selangor melihat kerajaan negeri tidak memahami konteks kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan di dalam artikel 11 dan tertakluk kepada artikel 11 (4).

7. Kenyataan beliau untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri ( KDN) dalam isu ini adalah satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

8. UMNO Selangor melihat arahan supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu memperihatkan Menteri Besar telah tunduk dengan desakan DAP. UMNO Selangor akan memulakan road show dalam menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

Datuk Seri Noh Omar

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

khalid-ibrahim-akujanji-lembing-2

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah

Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 Aku janji Jawatan Menteri Besar untuk dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama
negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.

Istiadat angkat sumpah itu, yang disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berlangsung di Balairong Seri Istana itu pada pukul 10 pagi

UTAMAPOLITIKMB Selangor khianati Aku Janji kepada Sultan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium