MB Selangor Sepatutnya Kemuka Senarai Pengundi Mencurigakan Kepada SPR @Khalid_Ibrahim meroyan

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

khalid-gagapKUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mengemukakan senarai pengundi yang didakwanya mencurigakan atau maklumat yang diperolehinya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan dengan telus dan lancar.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya bertindak menyebarkan maklumat yang diperolehnya melalui sebuah akhbar di negeri itu kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk Selangor.

“Tujuannya (mengemukakan senarai atau maklumat kepada SPR) supaya SPR dapat membuat semakan atau siasatan lapangan dan seterusnya menyediakan fakta serta penjelasan untuk pengetahuan menteri besar Selangor,” katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.

Akhbar tempatan SelangorKini edisi 8-15 Mac menerusi artikel bertajuk ‘Projek Pendemokrasian Bongkar Pengundi Lebih Ramai Daripada Penduduk’ mendakwa projek itu mendapati ada kawasan dewan undangan negeri mempunyai jumlah pengundi lebih ramai daripada penduduk.

Berhubung dakwaan pengundi lebih ramai daripada penduduk di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya Utara dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Ijok, beliau berkata DM itu tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya sahaja malah merangkumi 18 lokaliti.

“Laporan itu yang memetik kenyataan menteri besar Selangor, dipercayai merujuk kepada kawasan Bestari Jaya Utara yang dikatakan mempunyai penduduk sekitar 1,788 orang sahaja sedangkan jumlah pengundi dalam daftar pemilih merujuk kepada jumlah pemilih merangkumi 18 lokaliti dalam DM Bestari Jaya Utara.

“Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, jumlah pemilih bagi DM Bestari Jaya Utara ialah 3,558 orang. Berlaku peningkatan 1,317 pemilih berbanding semasa Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baharu,” katanya.

Kamaruddin berkata artikel itu tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai untuk tujuan kepentingan politik semata-mata serta menyarankan kepada orang ramai supaya merujuk kepada SPR sekiranya mempunyai perkara yang tidak jelas mengenai pilihan raya.

Beliau berkata undang-undang telah memberi ruang kepada pihak yang mencurigai kemasukan nama pemilih di sesuatu bahagian pilihan raya untuk membuat bantahan semasa SPR mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi setiap suku tahun.

BACA juga:

Leave a Reply