MCDONALD’S SINGAPURA LARANG KEK TIDAK HALAL SEJAK 1992 - pakdin.my

Harap lepas ini boikot mengarut terhadap MdDonald Malaysia akan berakhir.

Sementara kontroversi meluas di Malaysia sejak rangkaian restoran makanan segera membuat dasar kek halal McDonald, rangkaian yang sama dari Singapura telah mendedahkan bahawa mereka telah mengamalkan dasar yang sama sejak dua dekad yang lalu.

McDonald Singapura mewajibkan para pelanggannya yang menyambut ulang tahun di premisnya untuk menyediakan pensijilan halal bagi kek yang dibawa masuk, lapor Singapura Channel 8 News.

Seorang jurucakap McDonald mengesahkan outlet makanan segera tersebut telah mengamalkan polisi berkenaan sejak mendapatkan pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura pada tahun 1992.

20161229-mcd-kek-halal

___________

MCDONALD’S SINGAPURA LARANG KEK TIDAK HALAL SEJAK 1992

McDonald’s di Singapura mengamalkan polisi kek halal sejak lebih dua dekad lalu, kata pengarah komunikasi syarikat ternama itu.

“Peraturan ini dilaksanakan sejak 1992, apabila semua restoran McDonald’s di Singapura menerima siji halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS),” kata Faz Hussen seperti dilapor The Star.

Beliau mengulas kritikan ramai terhadap syarikat makanan segera itu yang dilaporkan baru-baru ini melarang membawa masuk kek hari lahir tanpa pengesahan sijil halal.

“Walau makanan dari luar biasanya tidak dibenarkan di restoran, kami membuat pengecualian untuk kek hari jadi namun kami mensyaratkan kek itu mestilah dari restoran yang disahkan halal atau sumber halal,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sebagai restoran yang disahkan halal, kami perlu mematuhi sepenuhnya peraturan MUIS bagi memastikan makanan kami halal dan sesuai dimakan rakan-rakan Muslim,” katanya.

UTAMAMCDONALD’S SINGAPURA LARANG KEK TIDAK HALAL SEJAK 1992

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium