26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Media arus perdana kena berlaku adil atau menanggung risiko tidak laku

Media arus perdana dibawah rejim Pakatan Harapan ada agenda.

Dalam kes Zahid dan Najib mereka tidak amal “fair reporting” seperti yang di lapor oleh beberapa portal bebas.

Sepatutnya prosiding harus di siarkan seperti as it is, dan bukan cuba beri gambaran Najib dan Zahid sudah bersalah dan jahat.

Mereka seolah olah mendapat arahan Zahid dan Najib mesti di gambarkan jahat dan bersalah.

Keutamaan mereka misal nya, membesar besar kan isu memiliki kereta dan harta. Seolah olah itu sahaja sudah satu kesalahan.

Namun, bila hal itu di soal balas dan ada jawapannya mereka tidak pula melaporkannya.

Ia cara ulangan seperti kes lapuk pikul dan usung barang dari kediaman Najib.

Hanya Polis sahaja yang ada di situ tetapi gambar barang di bawa ke lori sengaja di lepaskan untuk kerja persepsi untuk jiwa yang kuat syak wasangka membuat andaian.

Tapi bila kes tidak juga di buka dan masih belum ada dakwaan tiada siapa mahu viralkan.

Kisah barang yang di rampas ada yanh sudah dimiliki 5 ke 10 tahun sebelum ujud kes 1MDB juga tidak di maklumkan.

Yang penting, jiwa busuk yang kuat wasangka sudah pun dapat andaian ia barang hasil haram pada laporan rampasan.

Kini majoriti rakyat sudah buat keputusan mereka tidak peduli lagi pada kes Najib, kemana Najib pergi tetap popular.

Najib tidak perlu upah jurugambar teman makan romantik suami isteri untuk meningkatkan moral pada diri yang sudah tidak popular lagi.

Kepada media arus perdana, sama ada anda di paksa atau sengaja lapor persepsi Najib dan Zahid sudah bersalah, terima lah risiko akhbar anda tidak laku, kerana media sosial akan beri berita alternatif yang di perlukan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.