Media Menanti Ketua Menteri Sabah Baru Angkat Sumpah

KOTA KINABALU- Istana Negeri Sabah menjadi tumpuan petugas media selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi majoriti mudah dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, semalam.

GRS yang menaungi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 38 kerusi.

Awal hari ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tanpa memberikan waktu spesifik membayangkan pengumuman itu akan dibuat pada sebelah pagi, sebelum calon berkenaan mengangkat sumpah di Istana Negeri.

Sehingga kini calon Ketua Menteri Sabah masih samar, mungkin rundingan masih berjalan.

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok
https://pakdin.my/prnsabah-warisan-kalah-tetapi-shafie-mungkin-angkat-sumpah-sebagai-km-esok

Berkaitan