30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Media Perlu Bantu Perjelas Dasar Kerajaan Kepada Rakyat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Kewartawanan Penyiaran Radio kepada Penyampai Radio Bernama Radio 24 Hassan Sallehudin Yahya (kanan) pada Majlis Malam Gema Pena 2015 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Menara Kembar Bank Rakyat

Media harus membantu dalam menerangkan dasar kerajaan kepada orang ramai supaya masyarakat tidak terkeliru oleh “laporan jahat pihak tertentu.”
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata media merupakan medium yang penting untuk pihaknya menyampaikan mesej kepada orang awam.
Beliau berkata kerjasama antara kementerian dan media penting bagi memastikan berita yang benar serta sahih sampai kepada orang ramai.

“Oleh kerana itu saya menyeru pihak media supaya lebih bertanggungjawab untuk membantu menyampaikan dasar kita kepada rakyat supaya rakyat lebih faham dan secara tidak langsung memajukan negara,” katanya pada Malam Gema Pena KPDNKK 2015 di sini Rabu malam.
Sementara itu, ketika berucap mewakili media pada majlis itu, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata majlis berkenaan merupakan pengiktiran buat media di atas usaha membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
“Semoga anugerah (hadiah) yang diterima pihak media menjadi pembakar semangat buat kita untuk bekerja lebih kuat,” katanya.
Kira-kira 200 orang petugas media hadir pada acara berkenaan.
Pada majlis itu, Bernama Radio24 menjuarai masing-masing tempat pertama, kedua dan ketiga Anugerah Kewartawanan Penyiaran Radio KPDNKK dengan penerbitnya Hassan Sallehudin Yahya atau lebih dikenali sebagai Essan Yahya memenangi tempat pertama.
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 menerusi slot Ops Bongkar! Jualan Akhir Tahun.
Essan turut meraih tempat kedua menerusi slot Harga Minyak Turun, Barang Tetap Mahal yang membolehkan beliau memenangi RM2,000.
Sementara itu, penerbit Azmir Sharifuddin pula di tempat ketiga menerusi slot MyIpo, sekaligus membawa pulang RM1,000.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan