Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
22,743
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Global

All countries
228,426,805
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
All countries
203,283,661
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
All countries
4,693,022
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Mei Fun boleh menang jika jentera BN sedia ketuk pintu setiap rumah

n25-kajang-chew-mei-fun

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun Barisan Nasional (BN) bertanding di PKR DUN Kajang  sebagai ‘under dog’, tetapi Datin Paduka Chew Mei Fun boleh menang kerana pengundi wanita yang ramai di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, wanita yang akan menentukan kemenangan pada calon yang bertanding di Kajang.

Untuk rekod,pengundi wanita berdaftar di DUN Kajang adalah seramai 19,666 orang manakala lelaki 19,612 orang.

Justeru itu katanya, jika boleh jentera BN perlu ketuk setiap pintu rumah bertanya khabar dan masalah penduduk di semua 16 pusat daerah mengundi (PDM).

“Kita kena cerita apa yang betul. Kerajaan pembangkang di Selangor sedang bergaduh dan kita pula sudah selesaikan masalah air di negeri itu,” kata Muhyiddin ketika melancarkan Jentera Wanita BN di Taman Saujana Impian, Kajang.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shharizat Abdul Jalil dan pemimpin komponen BN.

Muhyiddin berkata, PRK Kajang ada hikmahnya kerana BN boleh menggunakan platform berkenaan untuk menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang yang menuduh kerajaan BN tidak pandai mentadbir ekonomi dan negara.

“Pilihan raya di Kajang ini memang tidak kita duga sebaliknya diadakan kerana muslihat tertentu diketahui (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Tujuan, kerana niat jahat dan nafsu besar beliau untuk jadi Menteri Besar,: kata Muhyiddin yang turut meramalkan akan berlaku krisis dalam PKR ekoran PRK berkenaan.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Mei Fun adalah calon paling sesuai yang ada keberanian luar biasa malah tidak takut bertanding menentang sesiapa sahaja termasuk Anwar.

Terdahulu, Shahrizat dalam ucapannya berkata, rekod BN dalam setiap PRK adalah bagus dan tidak mustahil mencapai kejayaan di Kajang.

“Saya tabik hormat pada Mei Fun kerana bukan calang-calang orang berani jadi calon di sini. Dengar cerita, ada orang sudah kecut perut nak bertanding dan timbul ura-ura mereka nak letak orang lain pula,” ujarnya.

Katanya, BN sentiasa ada peluang selagi jentera bekerja bersungguh-sungguh.

“Lagipun, yang diuar-uar jadi calon adalah pembangkang yang mengamalkan demokrasi songsang,” tegasnya.

Berkaitan