Melaka berfikiran kreatif berjaya atasi kehebatan Pulau Pinang - pakdin.my

iDRIS MELAKA

Kerajaan negeri Melaka mengambil langkah lebih kreatif dalam memastikan negeri itu lebih berdaya saing di dalam pelbagai industri yang berpontensi meskipun negeri itu lebih kecil berbanding negeri lain.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata dalam memastikan pelaburan negeri lebih menguntungkan, beliau mengambil sikap lebih terbuka dan mesra pelabur yang dikira berjaya menarik pelaburan daripada negara kuasa besar seperti China.

“Kerajaan negeri Melaka sentiasa berfikir secara kreatif dan berinovatif bagi memastikan negeri akan sentiasa  berdaya saing untuk berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran dan peluang.

“Sementara itu dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran pelaburan, kerajaan negeri lebih senang mengamalkan sikap terbuka selain mengambil kira struktur dan sistem yang lebih mesra pelabur, kita tidak memilih bulu dalam promosi dan publisiti,” kata Idris ketika dihubungi BNBBC.my.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Jabatan Perangkaan yang membuktikan bahawa negeri Melaka lebih hebat berbanding negeri jajahan pembangkang seperti Pulau Pinang.

Melaka di bawah pimpinan Idris yang belum masuk tahun ketiga berjaya meneruskan kecemerlangan ekonomi dan kesejahteraan kepada penduduk di negeri itu.

Sebagai contoh, purata pendapatan bulanan isu rumah di Melaka sebanyak RM6,046 sedangkan di Pulau Pinang hanya RM5,993.

Bukan itu sahaja, Melaka juga mengatasi Pulau Pinang dalam bidang pelaburan.

Bermula Januari hingga September 2015, Melaka menerima RM6.8 bilion pelaburan berbanding RM5.4 bilion di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga patut malu apabila negara China kini menjadikan Melaka sebagai fokus pelaburan mereka dengan cadangan pelan Laluan Sutera Maritim Abad ke 21.

melaka-pulau-pinang melaka-pulau-pinang-kesejahteraan

UTAMAEKONOMIMelaka berfikiran kreatif berjaya atasi kehebatan Pulau Pinang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium