Melayu dan hak-hak mereka di bumi Malaysia - pakdin.my

Apabila bercakap soal Melayu dan hak-hak mereka di bumi Malaysia ini, kita tidak seharusnya lupa kepada dua perkara yang selama ini melindungi kita iaitu 7 wasiat Raja Melayu yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 dan juga Artikel 153, Perlembagaan Malaysia.

Untuk renungan bersama, Di turunkan kembali kedua-dua perkara itu.

7 wasiat Raja Melayu ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutaun Tanah Melayu (sekarang dikenali Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Sementera Artikel 153 Perlembagaan Malaysia pula ialah memberikan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel ini mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kouta kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Tidak syak lagi bahawa kedua-duanya iaitu 7 wasiat Raja Melayu dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia mempunyai kaitan yang rapat dalam menjaga dan melindungi kedudukan orang Melayu dan ianya menjanjikan kesejahteraan, kedamaian serta keamanan selagi mereka bersatu dan berpegang teguh dengannya.

Adalah diharapkan semua orang Melayu merenungi dengan mendalam perkara ini dan tidak sesekali menjadi bangsa yang mudah lupa.

…………………………….
https://pakdin.my/tag/raja-melayu/

Sudut Mengenali Institusi DiRaja

UTAMAPOLITIKMelayu dan hak-hak mereka di bumi Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium