24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Melayu Jadi Minoriti Jika Berpecah Belah, Kata Mahathir

Orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyatakan orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan, bekas Perdana Menteri itu berkata hanya dengan bersatu, orang Melayu boleh menjadi kumpulan majoriti yang berkesan untuk bertindak memelihara kepentingan mereka.

“Dulunya orang Melayu bersatu dalam satu parti hingga berjaya menentang (rancangan penubuhan) Malayan Union,” katanya semasa menjawab soalan peserta yang hadir pada syarahan perdana oleh beliau bertajuk Pembinaan Tamadun dan Budaya Masyarakat Malaysia Ke Arah Pembentukan Sebuah Negara Maju, di sini Khamis.

Dr Mahathir, 85, berkata suara orang Melayu akan tenggelam jika mereka berpecah menjadi beberapa kumpulan minoriti dan memerlukan sokongan pihak lain untuk mencapai hasrat perjuangan mereka memelihara bangsa sendiri.

Menyentuh mengenai kumpulan yang memperjuangkan hak asasi individu, Perdana Menteri Malaysia keempat itu berkata prinsip demokrasi yang asalnya mengutamakan hak majoriti kini mula mengetengahkan aspek hak asasi individu.

Katanya jika kebebasan individu dibenarkan tanpa batasan, ia bakal mewujudkan suasana yang tegang di dalam masyarakat.

Menurutnya, tindakan menunjuk perasaan atau berdemonstrasi adalah dibenarkan dalam demokrasi tetapi jika dilakukan secara besar-besaran tanpa batasan, ia boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan kegiatan perniagaan.

Dr Mahathir juga berkata adalah penting nilai diri yang baik dipupuk sejak kecil bermula dari rumah hinggalah ke alam persekolahan agar nilai mulia itu terus menjadi pegangan rakyat hingga dewasa.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan