26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Melayu Tak Masuk DAP Kerana Utusan – Apa Punya Gila?

Kit-Siang-Tertekan-Digelar-Rasis

Blog Lim Kit Siang, baru-baru ini menyiarkan tulisan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang yang bertajuk ‘What Utusan Doesn’t Know About DAP’ (Apa yang Utusan Tidak Tahu Mengenai DAP).

Liew sebagai calon yang mendapat undi tertinggi menganggap bahawa serangan Utusan terhadap Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP kerana gagal mendapat undi tertinggi dalam pemilihan semula CEC sebagai melucukan.  Hujah Liew lagi, sistem pemilihan CEC DAP dilakukan secara lebih demokratik dengan membandingkannya dengan sejarah pemilihan UMNO.    Sedangkan hakikatnya, UMNO telah menyaksikan pertukaran Presiden dan Naib Presiden beberapa kali tetapi DAP masih dipegang oleh orang yang sama sejak dahulu lagi.

Oleh itu, pertama sekali, kita ingin bertanya Liew bahawa benarkah serangan Utusan terhadap Lim Guan Eng itu lucu?  Kita percaya, jika ia lucu, maka Liew tidak akan membuang masa menulis artikel ini untuk membela DAP dan menjaga air muka Lim Guan Eng.

Keduanya, Liew nampaknya telah tidak faham isu yang ditulis oleh Utusan Malaysia mengenai CEC DAP – mungkin kerana masalah pemahaman bahasa?

Untuk pengetahuan Liew, isu di sini bukan tentang sistem pemilihan siapa yang lebih demokratik antara DAP dan UMNO, tetapi tentang kenapa 753 perwakilan DAP telah tidak menerima notis mesyuarat bagi pemilihan CEC Disember lalu?  Dan kenapa DAP menyatakan bahawa mereka menghantar surat memberitahu tidak akan hadir sedangkan mereka menafikannya?  Dan ia juga berkenaan kenapa 851 perwakilan telah tidak hadir dalam pemilihan semula yang diadakan pada 29 September lalu dan juga kenapa terlalu ramai calon yang menarik diri di saat akhir?

Kenapa Liew tidak menjawab isu ini?  Kenapa perlu dituding jari kepada Utusan, ROS, UMNO dan serata arah?  Bukankah semua soalan ini mudah sahaja?

Justeru, rakyat semakin yakin bahawa semua yang berlaku ini tentunya ada kena mengena dengan jumlah undi Lim Guan Eng walau berapa pun undinya.

Liew juga membangkitkan soal UMNO yang bersifat perkauman dan membandingkan dengan DAP yang menerima Zairil Khir Johari, kononnya seorang Melayu, untuk memegang jawatan dalam CEC.   Nampaknya, Liew bukan sahaja tidak faham bahasa tetapi tidak habis membaca .  Jika Liew membaca, beliau tentu tahu bahawa pendedahan telah dibuat secara besar-besaran oleh semua pihak bahawa Zairil bukan Melayu dan semua orang-orang Melayu sudah tahu akan hakikat ini.

Nama Zairil ialah Christopher dan bapanya ialah Howard Lim.  Apa Liew ingat orang Melayu UMNO sama bodoh dengan Melayu DAP untuk ditipu mengenai bangsa Zairil?

UMNO adalah parti Melayu, kerana itu ia bekerjasama dengan MIC dan MCA bagi memastikan kaum lain tidak terpinggir.  Dengan cara itu, kaum India dan Cina turut mempunyai platform yang sama kuat dengan UMNO untuk bersuara dalam politik negara.

Berbeza dengan DAP, yang walaupun mendabik dada sebagai parti berbagai kaum tetapi DAP tidak memberi peluang untuk Melayu dan India bersuara.  Malah, kemelut yang melanda CEC juga adalah berpunca dari majoriti perwakilan dari kaum India telah dinafikan hak mengundi .

Untuk kaum Melayu pula, DAP terus menipu dengan meletakkan Christopher Lim sebagai wakil Melayu!   Walhal, ada beberapa lagi Melayu lain yang telah berdekad-dekat membodohkan diri kepada DAP tidak pula dilantik sebagai wakil Melayu.  Mungkin DAP tahu, bahawa mereka bodoh sebab itu tidak dilantik kerana kalau tidak bodoh mana mungkin mereka terus setia bersama DAP sebegitu lama biarpun dipijak-pijak dan disepak-sepak selalu.

Sungguh melucukan (ini baru betul-betul lucu) apabila Liew menyalahkan Utusan Malaysia sebagai punca tidak ramai Melayu menyertai DAP.  Kononnya, berita-berita yang dilaporkan oleh Utusan dan juga TV3 serta media-media UMNO lain sering menggambarkan DAP sebagai begitu buruk sehingga orang Melayu takut untuk menyertai DAP.

Hakikatnya, DAP berbuat yang sama terhadap UMNO dengan menggambarkan UMNO begitu rasis agar orang-orang Cina menjauhkan BN.  Tetapi, apa yang DAP tuduh terhadap UMNO tidak benar dan mudah dipatahkan kerana seluruh dunia tahu betapa bertuahnya kaum Cina di Malaysia yang diperintah oleh BN dan diterajui oleh UMNO!

Sebaliknya, keburukan DAP yang disampaikan oleh Utusan Malaysia adalah benar belaka dan ia disahkan sendiri oleh DAP melalui apa yang terjadi dalam pemilihan CEC.  Kesimpulannya Melayu tak masuk DAP bukan kerana Utusan Malaysia, tetapi kerana Melayu tidak mahu diperintah oleh kiasu penipu, rasis, chauvinis dan komunis.

Justeru, berbalik kepada artikel Liew yang bertanya ‘apa yang Utusan tidak tahu tentang DAP’, maka jawapannya mudah iaitu Utusan tidak tahu kenapa 753 perwakilan DAP tidak mendapat notis mesyuarat CEC Disember lalu dan ke mana perginya 851 perwakilan DAP dalam pemilihan semula September lepas.

Bolehkah Liew tolong jawabkan?






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan