28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Meliani Gitaris Rock Popular Di YouTube Taat Agama Walau Gemar Metal (video)

Meliani gemar puasa sunat dan solat berjemaah di sekolahnya.
Meliani gemar puasa sunat dan solat berjemaah di sekolahnya.

BANDUNG: Gadis bertudung yang mengagumkan ramai orang dengan kebolehannya bermain gitar elektrik rupanya seorang pelajar pintar dan taat agama di sekolahnya.

Baru-baru ini klip video memaparkan Meliani Siti Sumartini ‘menggoreng’ gitar elektrik membawa lagu Hourglass nyanyian kumpulan metal Lamb Of God memukau ramai orang.

Dalam tempoh seminggu dimuat naik di YouTube, klip berkenaan ditonton hampir 100,000 kali.

Menurut beberapa guru, Meliani mampu menguasai bahasa Arab serta fasih mengaji al-Quran – dua syarat yang ditetapkan oleh Sekolah Menengah Kejuruan Pasundan 3 itu.

Malah, guru agama sekolah itu, Budi Aji mengakui Meliani lebih rajin berpuasa sunat Isnin dan Khamis berbanding dirinya.


Ketika ditemui di sekolahnya, Meliani melayan soalan wartawan tetapi segera meminta diri untuk seketika apabila waktu Zuhur tiba.

Melihat keadaan itu, Budi berkata, Meliani memang sangat jarang meninggalkan amalan solat berjemaah ketika di sekolah.

Meliani mula belajar bermain gitar ketika di sekolah rendah namun kemahirannya menggunakan gitar elektrik hanya terpancar ketika dia berada di peringkat awal sekolah menengah.

Pada Mac 2014 klip video Meliani dimuat naik di YouTube membawakan satu lagi lagu metal, iaitu Say Goodnight nyanyian asal kumpulan Bullet for My Valentine.

 

 

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...