MELUKUT DAN PUCUK ENAU - pakdin.my

Biasa kita mendengar org2 tua dahulu mengatakan ‘Siapalah kami hanya melukut di tepi gantang, tuan ibarat pucuk enau..’ dan yg termasyhur pantun olh watak Demak dlm filem Seri Mersing iaitu ‘ Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu … ‘ Senario politik pada hari ini amat indah sekali dipadankan dengan kedua-dua bahasa seni sastera tersebut. yg sarat dengan makna tersurat dan tersirat. Bersopan walau hati terluka dan tersinggung. Semakin hari, rakyat semakin menderita dan menanggung sengasara akibat pucuk-pucuk enau.

Pada hari ini kita melihat bagaimana orang-orang kenamaan dan besar-besar yg bergelar2 menjadi pucuk enau; manakala rakyat ibarat melukut sahaja. Pernahkah mereka terfikir bahawa gah mereka membawa padah. Mereka , para pemimpin politik, telah mendapat habuan dan nikmat hasil undi rakyat; tapi pernahkah mereka berterimakasih kpd rakyat? Berapa ramaikah pemimpin politik kita pada hari ini yg menjadi pucuk enau? Berapa ramaikah pula yg benar-benar menjadi lilin terbakar? Berapa ramaikah pula yg menjadi pohon beringin?

Puak-puak DAP PKR & PAS merupakan enau berduri yg bukan sahaja melepaskan pucuknya tetapi langsung tidak mempedulikan nasib rakyat malah mereka mempermainkan perasaan dan sentimen rakyat hingga ke tahap yg begitu kritis dan boleh mencetuskan ketegangan dan pergadohan sesama rakyat.

Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Azmin Ali, Nurul Izzah, Zaid Ibrahim, Pok Nik, Hj Hadi , Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan anaknya dan Khairy Jamaluddin adalah contoh-contoh para pemimpin pucuk enau berduri. Mereka semua telah mendapat manafaat dan keuntungan yg besar sbg ahli politik dalam bidang kerjaya politik, tapi apakah sumbangan mereka kpd rakyat? Mereka terus-terusan dengan perbalahan peribadi masing-masing dan dendam kesumat yg tak pernah padam, bermain2 dengan sentimen rakyat.

Kami di CyTro Hulu Selangor menyeru kpd semua rakyat agar buka mata luas-luas dan sudah tiba masanya kita meminggirkan dan mengasingkan pemimpin2 pucuk enau ini dan menjadikan mereka sbg KERA SUMBANG. Kita pulaukan mereka ! Kita berikan pengajaran kepada mereka ini semuanya agar mereka bersara terus dari arena politik negara untuk selama-lamanya !

UTAMAPOLITIKMELUKUT DAN PUCUK ENAU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium