29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Memahami Harapan Rakyat Kunci Kemenangan BN – @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi temu bual bersemuka bersama Fareed Zakaria dari Cable News Network (CNN) sempena Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di sini. Sesi temu bual itu berhubung inisiatif dan pencapaian transformasi ekonomi dan politik Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi temu bual bersemuka bersama Fareed Zakaria dari Cable News Network (CNN) sempena Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di sini.
Sesi temu bual itu berhubung inisiatif dan pencapaian transformasi ekonomi dan politik Malaysia.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata harapan dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan telahpun meningkat, dan ini perlu difahami sebaik-baiknya bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata menyedari hakikat ini, kerajaan berazam untuk melakukannya dengan cara berbeza dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.


“Kita perlu menyedari bahawa rakyat tidak akan memberi undi mereka berdasarkan setakat manakah sumbangan anda sebelum ini.

“Tetapi rakyat akan mengatakan, ‘apakah yang boleh anda lakukan sekarang dan bagi masa depan,” katanya dalam wawancara bertajuk ‘An Insight, An Idea with Mohd Najib Tun Abdul Razak’ yang disiarkan CNN pada Forum Ekonomi Dunia (WEF)yang berlangsung di Davos, Switzerland.

Najib turut menarik perhatian bahawa tiada siapapun yang boleh menafikan hakikat bahawa Umno dan BN meneruskan agenda pembangunan selepas berjuang untuk kemerdekaan negara.


Mengenai kegagalan BN untuk memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008, Najib memperjelaskan antara faktornya adalah rakyat menjadi semakin kritikal sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat, selain penggunaan media sosial.

Di akhir wawancara itu, perdana menteri ditanya mengenai perancangannya jika diberi mandat memerintah oleh pengundi pada pilihan raya umum ke-13 negara ini.

Beliau menjawab dengan mengatakan kerajaan telahpun menyatakan dengan jelas mengenai hasratnya untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.


“…dan saya komited untuk melakukan apa saja yang boleh agar harapan itu menjadi kenyataan, memang itulah yang akan saya lakukan.”

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan