Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,201,559
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Indonesia
4,012,448
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Indonesia
141,114
Deaths
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm

Thailand

Thailand
1,524,613
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Thailand
1,380,362
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Thailand
15,884
Deaths
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm

Global

All countries
231,011,165
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
All countries
205,996,135
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
All countries
4,735,346
Deaths
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm

Memang tindakan guling kerajaan dilarang oleh Islam – Mufti Kelantan

Mufti Kelantan Datuk-Mohamad Shukri-Mohamad
Mufti Kelantan Datuk-Mohamad Shukri-Mohamad

Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai ‘bughah’ tidak berniat menuduh tetapi hanya bersifat memberi contoh dengan situasi yang berlaku di perhimpunan haram TURUN pada malam sambutan ambang tahun baharu 31 Disember lalu.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Harussani memberikan contoh itu supaya masyarakat Islam yang menyertai himpunan itu sedar bahawa apa yang dilakukan mereka itu boleh mendatangkan pelbagai masalah.

Tetapi realiti yang berlaku baru-baru ini tidak seteruk negara luar, sebagaimana dalam Fiqah, tetapi guling dalam istilah syarak adalah dilarang, yang mana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

“Kalau mereka (peserta himpunan TURUN) tidak tergolong dalam contoh yang dinyatakan, maka mereka tidak perlu marah atau terasa hati dengan kenyataan itu, kalau keluar beramai-ramai tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, itu tidak menjadi masalah, kenyataan tersebut sebenarnya dipolemikkan golongan tertentu,” kata Mufti Kelantan itu.

Mohamad Shukri berkata, situasi di himpunan itu yang tidak mencetuskan kekacauan serius mungkin tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkataan ‘bughah’ dalam istilah fiqah, namun ia boleh digunakan bagi tujuan memberi tauladan dan contoh.

“Pada pendapat saya, ia hanya contoh, bukan menuduh, tugas kita sebagai mufti adalah untuk memberitahu tentang apa yang terkandung dalam ajaran Islam, tentang fatwa, nasihat dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan salah faham,” jelas Mohamad Shukri seperti dilaporkan portal akhbar Sinar Harian.

Mohamad Shukri berkata demikian bagi mengulas tindakan pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak itu.

Mohamad Shukri memberikan contoh di negara-negara bergolak lain yang mengharamkan himpunan dan demonstrasi kerana boleh mengakibatkan kemudaratan hingga akhirnya melibatkan kematian.

“Kalau tunjuk perasaan secara aman, tidak menjadi masalah, tetapi kini apa yang dapat dilihat, masyarakat kurang kefahaman dan kurang kepercayaan kepada institusi fatwa dan ulama, sehingga perkara-perkara seperti ini boleh timbul dan pelbagai pertikaian dibangkitkan dari pihak-pihak tertentu. Inilah salah satu cabaran yang perlu kita hadapi sekarang,” katanya.

Berkaitan