32 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Membontot pemimpin

Jika kategori jentera yang efektif dan setia ialah orang yang ke hulu ke hilir berselfie, bangun jam lima pagi untuk hadir depan mahkamah bergambar, berslogan dan cium tangan, maaflah saya bukan kategori tersebut.

Yang mereka pentingkan siapa paling kuat menjerit hidup pemimpin dan hidup parti. Seolah-olah dengan jeritan tersebut boleh meyakinkan rakyat untuk mengundi parti.

Tapi itulah ukuran kepada kebanyakan pemimpin politik dulu, kini dan selamanya.

Mereka tidak pernah peduli jumlah masa, tenaga dan waktu sebahagian orang melakukan penyelidikan untuk bagi mempertahankan polisi mereka.

Sebab itu di sekeliling pemimpin di penuhi orang bodoh yang membuang masa mengikut bontot boss supaya pemimpin kenal mereka dan boleh dapat pelbagai tandatangan projek sahaja.

Oleh: Ab Jalil Backer
https://web.facebook.com/Jalil.backer/posts/10218330782721311

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.