[Video] Memutar belit berita (Distortion*) wawancara Najib Razak oleh Malaysiakini

Malaysiakini telah memutarbelitkan wawancara Najib Razak dengan Sinar Harian pagi tadi apabila menerbitkan berita berjudul “Memang kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib Razak”.

Perkataan “Memang” yang digunakan oleh Malaysiakini adalah bertujuan memberi gambaran Najib mengesahkan 1MDB ditipu oleh Jho Low. Sedangkan apa yang berlaku Najib memberi gambaran jika benar semua dakwaan ke atas Jho Low tersebut maka betullah kita ditipu.

Ia sebenarnya bermula apabila Najib menjawab lanjutan soalan moderator mengenai isu 1MDB, “Adakah dengan ini kita mengakui kita telah ditipu oleh jutawan Jho Low ini?

Najib berkata, “Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini, itu sebenarnya.”

Apakah makna kenyataan ini? Maksud Najib Razak jika apa yang dinyatakan hari ini adalah satu kebenaran maka jelas Jho Low telah menipu kita.

Namun tajuk Malaysiakini memberi gambaran seolah-olah Najib Razak mengakui Jho Low telah menipu.

Sebab itu jawapan beliau sebelumnya ialah, “Itu saya kata tindakan perlu diambil, kalau jelas dia (Jho Low) lakukan kesalahan. Masa itu kita telah lantik peguam, audit, dan Golman Sachs, sebuah investment bank (bank pelaburan) yang begitu tersohor peringkat global.

“Tanggung jawab bank (itu) ialah menjaga kepentingan Malaysia, jadi kalau dia gagal menjaga kepentingan Malaysia, macam mana saya nak tahu, patut dia beritau ada sesuatu yang tidak betul.

Satu lagi kesalahan Malaysiakini ialah dalam para terakhir apabila menulis:

“Dia (Jho Low) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya, Misalnya Goldman Sachs, maknanya sistem yang kita wujudkan nak jaga kepentingan invesment bank, peguam, juru audit semua, mereka telah tidak memainkan peranan yang sebenarnya.”

Nama Jho Low dalam kurungan diletak oleh Malaysiakini. Najib hanya menggunakan “Dia”. Jika dilihat urutan penjelasan dalam wawancara tersebut “dia” itu merujuk kepada Goldman Sachs, Auditor dan peguam yang dilantik oleh 1MDB, bukannya Jho Low.

Cukup-cukuplah putar belit berita.

Najib Razak sudah dikalahkan dan berhadapan 45 pertuduhan. Apakah setelah pelbagai tekanan dan penghinaan dibuat ke atasanya anda masih tidak boleh berlaku adil kepada beliau dalam melaporkan berita?

Ab Jalil Backer

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=1hLGFAfuNBg

———————————————-
*the action of giving a misleading account or impression.

Kemaskini:
Malaysiakini sudah tukar jalan cerita.

(Visited 456 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

9 Replies to “[Video] Memutar belit berita (Distortion*) wawancara Najib Razak oleh Malaysiakini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.