Mengapa Malaysia Tidak Muflis Tahun 1985 Kerana Hutang Lebih 100 Peratus Berbanding KDNK – Mengapa Sekarang Ketika 55 Peratus - pakdin.my

hutang-kdnk-malaysia.jpg

Menteri EPU telah mengeluarkan statistik rasmi menunjukkan nisbah hutang berbanding KDNK lebih daripada dua kali ganda daripada 44% kepada 103% dalam masa 5 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Hutang juga kelihatan  berganda kerana standard laporan kewangan antarabangsa oleh IMF dalam mentakrif ‘hutang luar negara’ telah berubah pada 2014. Jika dahulu ia hanya merujuk kepada hutang luar kerajaan, hutang syarikat awam dan hutang sektor swasta, Tetapi kini ia turut merangkumi deposit dan hutang yang diambil orang warga asing.

Hutang Luar Negara Malaysia Meningkat?

Kenapa orang-orang seperti A Kadir Jasin dan macai PakaTun tidak pernah menyebut bahagian ini dan tidak pernah menjelaskan mengapa Malaysia tidak menjadi muflis pada tahun 1985 atau 1986 dan juga awal 90-an apabila Hutang berbanding KDNK adalah lebih daripada 100% tetapi tiba-tiba sembang kata Malaysia akan menjadi muflis pada 55%!!

Sudah-sudah lah membodohkan orang ramai, rakyat dah semakin cerdik dan mungkin lebih cerdik daripada macai Pakatun.

hutang-negara-berbanding-kdnk-1982-2016.jpg


1. Baru-baru ini, terdapat satu siri mesej mengelirukan tersebar di Whatsapp mengenai ekonomi kita yang menyebabkan kebimbangan di kalangan sesetengah rakyat Malaysia.

2. Kebanyakan mesej ini berpusat pada Hutang Kerajaan semasa kita, yang mana pada nisbah Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 53.4% pada 30 Jun 2016. Nisbah ini mengukur berapa banyak hutang kerajaan kita ada berbanding dengan saiz KDNK kita.

Kebanyakan daripada kebimbangan dan tuduhan ini adalah bahawa nisbah kita terletak dekat dengan had 55% yang dikuatkuasakan sendiri yang ditetapkan oleh kerajaan BN dan jika kita melanggar had ini, Malaysia akan berada dalam bahaya.

Beberapa mesej tertentu yang lebih tidak bertanggungjawab malah mendakwa Malaysia akan bankrap jika kita melanggar tahap 55% ini.

3. KDNK adalah ukuran nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam satu tempoh. Dalam erti kata lain, ia boleh ditafsirkan sebagai saiz ekonomi kita.

4. Oleh kerana bertahun-tahun pertumbuhan ekonomi yang baik – terutama sejak tahun 2009 – KDNK tahunan semasa kita ketika ini dianggarkan bernilai RM1.2 trilion pada 30 Jun 2016, ini adalah kira-kira 17 kali ganda saiz ekonomi kita pada tahun 1986 dan kira-kira 3 kali ganda saiz ekonomi kita pada tahun 2003.

Ia hanyalah logik bahawa jika pendapatan negara kita telah meningkat maka kita, dengan selesa, mampu untuk berhutang dengan lebih banyak dengan terma mutlak berbanding masa lalu apabila pendapatan kita tidak begitu tinggi.

5. Nisbah semasa Hutang kepada KDNK kita adalah sebanyak 53.4%, walaupun lebih tinggi daripada tahun 2007 pada 40.1%, masih dalam tahap yang boleh dikawal.

6. Tahap ini masih tidak tinggi jika dibandingkan dengan tahap yang bersejarah seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang kepada KDNK kita meningkat daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di atas paras 55% sehingga tahun 1994.

7. Oleh itu, adalah tidak logik bahawa jika Malaysia melanggar tahap 55% Hutang kepada KDNK, maka Malaysia akan “bankrap” atau ekonomi kita akan menghadapi masalah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Jika kita tidak muflis pada 103.4% pada tahun 1985, jadinya bagaimana kita akan menjadi muflis pada 55%?

8. Tahap hutang kita mesti dilihat berdasarkan pendapatan kita dan bukan hanya berdasarkan nilai mutlak.

Sebagai contoh: Seorang individu yang pendapatan tahunannya bernilai RM120,000 boleh meminjam RM60,000 dengan selesa untuk membeli kereta berbanding seorang lagi yang pendapatannya hanya RM6,000 setiap tahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000.

Contoh ini secara kasar menunjukkan keadaan saiz ekonomi dan tahap hutang kita pada tahun 2016 berbanding tahun 1985.

9. Pada peringkat semasa kita iaitu 53.4%, kita disenaraikan di tangga ke-71 tertinggi daripada 179 negara. Tujuh puluh negara mempunyai nisbah yang lebih tinggi daripada kita termasuk negara-negara maju seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, UK dan Singapura.

Seperti yang telah saya nyatakan, nisbah Hutang kepada KDNK semasa kita boleh dikawal dan ekonomi kita masih menikmati pertumbuhan ekonomi yang baik sebanyak 5% bagi tahun 2015 dan 4.1% untuk separuh pertama 2016.

10. Walaupun harga komoditi semasa yang rendah, kesan BREXIT dan keadaan ekonomi global keseluruhan yang tidak menentu, kerajaan kita tiada niat untuk melanggar had 55% ini dan akan terus menguruskan kewangan kita dengan penuh tanggungjawab.

11. Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu harus mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakutkan yang akhirnya akan merosakkan keyakinan kedua-dua pelabur dan pengguna dalam ekonomi kita. Ini adalah serupa dengan mensabotaj ekonomi kita sendiri.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga tidak patut berkongsi atau menyebarkan maklumat yang salah dan propaganda tersebut.

12. Menurut maklumat yang diterima, pelan transformasi kerajaan kita terbukti berjaya dengan dasar-dasar yang baik yang kini menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kejayaan tersebut, sepanjang kita menempuh keadaan global yang tidak menentu ketika ini.

13. Saya tidak meragui bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat kita dan terus membangunkan Malaysia sepanjang kita menuju ke status negara berpendapatan tinggi.

Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

UTAMAEKONOMIMengapa Malaysia Tidak Muflis Tahun 1985 Kerana Hutang Lebih 100 Peratus...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium