Mengapa Pakatan Harapan DAP bertali arus serang kerjasama UMNO-PAS? - pakdin.my

Apa kata penganalisa ini:-

Serangan bertali arus pemimpin PH kepada kerjasama UMNO-PAS ada lah kerana PAN gagal dapat ahli PAS dan PPBM masih gagal mendapatkan ahli UMNO.

Ini terjadi di kala DAP berjaya mengukuhkan kedudukannya terhadap kaum Cina.

Menakutkan orang Cina terhadap kerjasama UMNO-PAS menguntungkan DAP.

Mahathir masih dengan cara lapuk nya menyerang Najib namun ternyata Najib telah menewaskan Mahathir di Cameron Highland dan Semenyih.

Sehingga kini Mahathir gagal menarik minat orang Melayu kepada PPBM.

Dalam sistem demokrasi tiada salah nya PAS bergabung dgn UMNO.

Serangan bertali arus Pakatan Harapan DAP terhadap kerjasama UMNO-PAS bukan melemahkan, bahkan bertambah kukuhkan dan menarik minat ramai org melayu cenderung kepada kerjasama UMNO-PAS.

……….
Mengapa PH bertali arus serang kerjasama Umno-PAS?

Sejak PAS dan Umno mengumumkan bekerjasama secara rasmi selepas Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil Semenyih, pimpinan Pakatan Harapan bertali arus mengeluarkan kenyataan mengecam serta teori konspirasi terhadap hubungan tersebut.

Presiden PPBM Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama Umno dan PAS adalah untuk menghalalkan semua kesalahan bekas perdana menteri Najib Razak. Amaran kepada PAS supaya sedar nilai yang diterap hasil bekerjasama dengan Najib yang digelarnya sebagai “pencuri” serta Umno pada waktu ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula mencemuh kerjasama PAS-Umno dengan menyifatkan kerjasama itu sebagai “pengisytiharan perang” terhadap masyarakat bukan Melayu di dalam kenyataan awalnya, sebelum ia ditukar menjadi “menyasarkan” selepas menerima kritikan netizen.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/03/11/mengapa-ph-bertali-arus-serang-kerjasama-umno-pas/

UTAMAPOLITIKMengapa Pakatan Harapan DAP bertali arus serang kerjasama UMNO-PAS?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium