Mengapa PAS sokong Mahathir?

Umum tahu PAS telah beberapa kali menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri – sekurang-kurangnya sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke-14.

Sokongan terbuka PAS disuarakan pemimpinnya termasuk setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan khusus presiden parti Abdul Hadi Awang.

Baru baru ini Hadi sekali lagi menyatakan pendirian sokong Mahathir. Kali ini dengan nada keras. Kata beliau pihak yang “nak sangat jadi PM, buat lah undi tak percaya”. Maksudnya kemukakan di parlimen usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Jelas kata kata itu diluahkan berikutan desakan beberapa pihak yang mahu Mahathir melepaskan jawatan Mei ini – genap dua tahun Pakatan Harapan mentadbir negara.

Bagi Hadi suasana ketika ini memerlukan Mahathir kekal memegang jawatan PM. Beliau bagaimanapun tidak menghuraiakan apa atau bagaimanakah “suasana ketika ini “ yang dimaksudkan.

Beberapa pemerhati dan pengulas politik termasuk saya hairan mengapa PAS perlu kerap mengulangi sokongan terhadap Mahathir – seolah-olah parti itu “bertungkus-lumus” cuba menyakinkan semua pihak akan keikhlasan sokongan mereka itu.

Tidak kurang juga pemerhati politik yang “pelik” PAS menyokong Mahathir kerana bagi mereka jika ada pemimpin politik yang boleh “letak PAS di tempatnya” atau dalam bahasa Inggeris “put PAS in its place”, orang itu ialah Mahathir.

Malah Mahathir sejak dulu lagi kerap “menyerang “ keras PAS. Beliau juga tidak pernah menyembunyikan pendapat bahawa beliau tidak setuju dengan “Islam yang dibawa PAS”.

Jadi mengapa PAS menyokong Mahathir? Adakah PAS percaya kerajaan Pakatan Harapan lebih mudah ditumbangkan bila tiba masanya jika ia terus diterajui Mahathir?

Ada penganalisis mengaku ada benarnya jika itu yang PAS percaya. Namun ada juga yang berkata parti itu tersilap langkah jika berpegang dengan kepercayaan itu kerana Mahathir kata mereka “bukan calang-calang lawan”.

Tentang Anwar, bukan Mahathir

Pun begitu beberapa lagi pemerhati dan penganalisis politik berpandangan isu ini “is more about Anwar Ibrahim rather than Mahathir” – lebih mengenai Anwar daripada Mahathir.

Kata mereka PAS tidak atau belum memaafkan Anwar terhadap apa yang beliau lakukan ke atas PAS. Imbas kembali tahun 1982. Anwar menerima pelawaan Mahathir yang ketika itu presiden Umno dan perdana menteri keempat dan menyertai Umno.

Penyertaan Anwar dalam Umno lihat sebagai sesuatu yang amat memerangsangkan parti itu. Bagi PAS pula ia satu tamparan. Ramai teman Anwar ada dalam PAS. Antaranya allahyarham Fadzil Noor, Hadi dan Mohamad Sabu – sekadar menamakan tiga sahaja. Mereka semua bersama Anwar dalam Abim seketika dahulu.

Lantas mereka menjangka Anwar akan menyertai dan berkempen untuk PAS pada pilihan raya umum yang menjelang tiba. Sebaliknya kehadiran Anwar dalam Umno membantu Umno/BN menang cemerlang pilihan raya umum 1982. PAS hanya memenangi lima kerusi parlimen.

Itu mencetus kemarahan PAS ke atas Anwar. Kemarahan menyemarak apabila Anwar yang berada dalam kabinet Mahathir memerangi PAS. Tidak memeranjatkan kerana Anwar yang ketika itu cukup setia adalah antara panglima perdana menteri waktu itu.

Bagaimanapun ada pihak mendakwa Anwar pernah cuba menjalankan usaha berbaik baik atau menjalin kerjasama Umno-PAS yang masa itu dipimpin Fadzil Noor yang merupakan sahabat baik beliau. Ini bagaimana pun tidak dapat disahkan.

Bekas presiden PAS allahyarham Fadzil Noor

Namun PAS “memaafkan” Anwar apabila beliau disingkir Mahathir pada tahun 1998 dan menyertai gerakan reformasi anjuran Anwar. Seterusnya menyertai Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat.

Bukanlah satu rahsia itu semua khususnya sokongan PAS untuk Anwar banyak didorong dan terjadi atas kemahuan Fadzil Noor walaupun ada pemimpin dalam PAS yang tidak setuju.

Itu kisah lama. Kisah sekarang ialah PAS pimpinan Hadi sokong Mahathir kerana tidak mahu Anwar jadi perdana menteri. Itu andaian atau anggapan beberapa pemerhati dan penganalisis politik. Bagi PAS, asal bukan Anwar kata mereka.

Seorang penganalisis menginatkan saya sejak dalam Pakatan Rakyat lagi ada pertembungan PAS dengan PKR.

Kebencian presiden, bukan PAS

Dan kata beliau: “pertembungan PAS dan PKR sebenarnya diwakili pertembungan peribadi Haji Hadi dan Anwar. Dalam banyak isu sewaktu dalam Pakatan Rakyat Haji Hadi tidak sehaluan dengan Anwar. Seperti Langkah Kajang dan isu MB Selangor.”

Namun ada pihak berpendapat PAS bimbang Anwar dengan latar belakang agama dan pengetahuannya mengenai PAS boleh “kerjakan” parti itu jika atau apabila beliau mengepalai Pakatan Harapan.

“Ini antara barangkali ketakutan PAS tapi ia persepsi sahaja”, kata penganalisis tadi.

Mohd Sayuti Omar

Pemerhati PAS dan penulis veteran Mohd Sayuti Omar juga berpendapat PAS mahu Mahathir kekal sebagai PM ialah “sebab utama dia tak nak Anwar jadi PM. Itu saja.”

Hadi dan Anwar, kata Sayuti, tidak ada beza pada segi prinsip dan dasar. Namun menurut beliau tidak ada alasan “fizikal” kenapa Hadi tidak suka Anwar selain isu personal.

Dan kata beliau lagi ini soal “kebencian presiden bukan PAS keseluruhan”. Namun perlu diakui ahli PAS setia dan dengar kata presiden.

“Marah dan benci bukan prinsip tetapi peribadi. Sebab itu dalam bacaan saya jika Hadi tak lagi pimpin PAS, parti itu tidak begitu menjurang jauh dengan Anwar.

“Tengok Tuan Ibrahim boleh duduk minum dengan Anwar di parlimen, kata Sayuti.

Yang dimaksudkan ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden PAS.

Apa pun hakikatnya Hadi masih kukuh dalam PAS.

MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.

Berita berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Rejim PH buktikan 1MDB tidak rugi malah membantu ekonomi negara

Malah, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB begitu menguntungkan dan memainkan peranan penting untuk membangunkan negara kita.

Salah Pangkah: Ekonomi negara jahanan

Pada tahun 2016, Bloomberg melaporkan bahawa kemasukan dana luar negara ke Malaysia adalah yang paling besar di Asia Tenggara. Pada 2019, Morgan Stanley memberi amaran kemungkinan USD8 bilion dana asing akan mengalir keluar dari negara kita dalam masa terdekat
... ..

Terkini

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Mahathir: Di Antara Sewel Dan Gila Babi

(Harian Metro) – “Saya tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita, apabila parti Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH), maka...

Perlembagaan tak sebut Agong boleh ketepi sabitan kes – Peguam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihat yang salah dalam pengampunan diraja kes liwat Presiden PKR Anwar Ibrahim. Peguam Mohamed Haniff...

Bersatu Sertai MN Secara Rasmi Bulan Depan?

Genap sebulan lagi Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama antara UMNO dan Pas akan menyambut ulang tahun pertama pada 14 September ini. Menerusi piagam yang...

Hina anggota polis tidak solat, Asri Janggut ke Bukit Aman

Pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang membuat kenyataan menghina pasukan polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis Bukit...

Man claims evicted from apartment because of ‘wrong race’

SUBANG JAYA: An Indian renter has been kicked out of his Subang Jaya apartment less than two weeks after moving in, with the management...

Hukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah

Jika kita imbas semula bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tanpa rasa takut terhadap tindakan mereka...

Penyanyi hina nabi dihukum gantung sampai mati

Kano, Nigeria - Sebuah mahkamah Islam di utara Nigeria semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penyanyi lelaki kerana mempersendakan Nabi Muhammad SAW, kata...

Germany says Russian Covid-19 vaccine has not been sufficiently tested

BERLIN German Health Minister Jens Spahn on Wednesday said Russia's Covid-19 vaccine had not been sufficiently tested, adding the aim was to have a...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu angkuh dan sombong sebagai 'hate speech'. Dan mesej ini dari seorang...

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...