27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Mengapa pemilihan esok penting untuk UMNO? #PemilihanUMNO

pemilihan-umno

SESIAPA sahaja yang menduduki platform 191 ketua bahagian, 25 ahli Majlis Tertinggi dan tiga Naib Presiden, yang kalau tidak ada aral boleh diketahui malam esok – ingatlah satu perkara ini.

“Hindarilah gaya politik stereotaip yang tidak bermaya”.


Bekerja keraslah untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden parti yang mana kedua-dua pemimpin ini sedar bahawa jika kaedah dan gaya lama tidak diubah, penguasaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum mendatang tidak akan bertahan lama.

Politik adalah penggerak kerajaan. Ia dasar awam dan bermakna juga hal-ehwal negara – satu seni untuk memperoleh dan mewujudkan kuasa serta pengaruh dalam memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat. Kerajaan tanpa kuasa politik yang kuat ibarat kapal berlayar tanpa angin.

Ekoran 46 peratus pengundi terkini pilihan raya negara dalam lingkungan 21-45 tahun membuktikan mereka kurang menerima gaya politik patriotik yang stereotaip. Salah satunya adalah kerajaan lebih tahu apa yang baik dan semua perkara datang dari atasan sahaja. Ini berlawanan dari golongan dewasa berumur antara 50-70 tahun ke atas.

Ingatlah! golongan muda di Malaysia, sebahagian besarnya tidak lagi berfikiran konvensional dalam pendekatan dan kefahaman hidup. Sebilangannya kurang mempedulikan nilai merdeka atau apa itu Rukun Negara atau ‘politik pak turut’ boleh lakukan untuk mereka.

Golongan generasi muda ini – kalau tingkatan 5 sekarang sudah boleh mengundi lima tahun lagi – berada dalam dunia mereka sendiri yang penuh dengan teknologi siber. Mereka yakin dengan pendidikan yang diterima dari universiti-universiti dan kolej-kolej tempatan dan di luar negara.


Realitinya, kini dengan cara hidup siber, Malaysia terlalu kecil untuk mereka. Mereka menuntut hak-hak asasi dan manusia sejagat. Mereka mula mempersoalkan perkara-perkara yang dulunya bapa-bapa mereka mengambil sambil lewa. Mereka tidak lagi menulis surat. Mereka berkomunikasi menggunakan SMS, Facebook dan Twitters. Mereka kini telah merasai kebebasan yang baru. Satu kehidupan baru.

Kerana itu, mereka yang menduduki platform kepemimpinan UMNO esok harus menemukan pandangan dan formula baru.

Ini telah disedari Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mendekati golongan muda melalui norma-norma kebiasaan mereka. Presiden perlu dibantu oleh platform kepimpinan penggal 2013-2016 ini.

Politik adalah jentera penggerak kerajaan. Ia adalah dasar awam. Ia juga bermakna hal-ehwal negara – satu seni untuk memperoleh dan mewujudkan kuasa serta pengaruh dalam memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat.

Dengan sentimen pembangkang di negara ini yang sering mempamerkan amalan-amalan negatif, menghasilkan kritikan pedas berbaur provokasi, maka keputusan atas pertimbangan politik menjadi percaturan cukup penting.

Tanpa semangat nasionalisme yang pada dasarnya satu fenomena politik, entiti kerajaan akan gagal.

Esok cukup penting.

Para perwakilan UMNO, yang mendahului sistem pemilihan demokrasi transformasi politik daripada mana-mana parti politik di negara akan membuat pilihan.

Pilihan yang diharapkan tepat.

Berita Berkaitan

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan