26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Hutang Negara: Mengapa rejim Mahathir umumkan cukup-cukup 1 Trilion?

Saya perhatikan ramai rakyat Malaysia tidak bertanya mengapa hutang negara diumumkan kerajaan PH selepas PRU14 sebagai cukup cukup RM1 trilion.

Mengapa tepat sangat RM1 trilion?

Ini ialah kerana istilah ‘trilion’ ini sangat sensasi dan menakutkan orang-ramai. Senang untuk diputarbelit atau ‘spin’.

Untuk naikkan jumlah hutang negara menjadi RM1 trilion berbanding hutang rasmi RM688 bilion, kerajaan PH turut masukkan jaminan hutang (contingent liability) sebanyak RM199 bilion ke dalamnya.

Tetapi hutang bon untuk membiayai PTPTN yang kini RM40 bilion tidak pula dimasukkan ke dalam angka RM199 bilion ini.


Ini ialah sebab angka propaganda RM1 trilion sudah tercapai dan tidak perlu lagi memasukkan jaminan hutang PTPN dan lain-lain lagi ke dalamnya.

Angka RM199 bilion ini juga termasuk RM38 bilion untuk 1MDB sedangkan hutang 1MDB yang sebenar bukan begitu banyak dan mempunyai aset-aset tertentu seperti Bandar Malaysia, TRX dan tanah di Pulau Pinang yang nilainya juga berpuluh bilion.

Apa sudah terjadi dengan aset-aset ini? Nilai semua aset ini sudah menjadi kosong?

Kalau kita lihat laporan terkini BNM yang merupakan agensi utama untuk melaporkan secara rasmi kewangan kerajaan, hutang negara dilapor sebagai RM725 bilion pada akhir suku kedua 2018 (iaitu akhir bulan Jun) berbanding RM688 bilion pada akhir tahun 2017.

Takkan BNM mahu menipu? Dan tidak ada pula pengubahan terhadap jumlah RM688 bilion itu.

Ya, hutang naik juga apabila PH jadi kerajaan dan dijangka akan naik lagi bagi suku ketiga kerana saya lihat pinjaman baru untuk bulan Julai dan Ogos adalah sekitar RM10 bilion.


Minggu lepas, ketua pakar ekonomi ataupun Chief Economist Bank Dunia telah melawat ke ibukota. Beliau secara terus-terang berkata hutang negara bukan begitu tinggi dan boleh diurus.

Dia juga berkata: “In relative terms, Malaysia has held up very well compared with other regions. There are certainly many other countries with higher debts.”.

Maksud pakar Bank Dunia ini ialah hutang Malaysia tidak letakkan Malaysia pada keadaan bahaya ataupun kritikal seperti digembar-gemburkan kerajaan PH.

PH tahu ini tetapi mahu terus gunakan propaganda hutang RM1 trilion ini bagi memburukkan kerajaan BN dahulu dan sebagai alasan untuk menjual aset negara, memperkenalkan cukai-cukai baru dan untuk menarik balik bantuan untuk rakyat.

Pakar Bank Dunia bukan senang ditipu oleh propaganda.


Sebenarnya masa saya menjadi PM, defisit bajet kerajaan telah terkawal dan telah menurun 8 tahun berturut-turut selepas negara kita mengalami kesan teruk pada masa krisis ekonomi global tahun 2007 hingga 2012.

Facebook Najib Razak

……………
Rujukan: https://pakdin.my/tag/hutang-negara

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan