23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Mengapa UMNO dan PAS tolak kerjasama dengan DAP?

UMNO dan PAS menolak kerjasama dengan DAP berdasarkan alasan yang sama DAP menolak kerjasama dengan UMNO dan PAS iaitu BANTAHAN akar umbi (rakyat/penyokong masing-masing).

Ini bukan kerana sikap perkauman tapi ‘politik identiti’ masing-masing.

PKR tidak mengalami isu ini kerana mereka bermula sebagai parti campuran dari awal di mana anggota asal PKR adalah ex UMNO dan ex DAP.

Mereka telah berkompromi dari mula.

Mengapa UMNO dan PAS boleh berkerjasama dengan parti-parti lain tetapi bukan DAP?

Ini kerana parti-parti lain mahu berkongsi kuasa/mengikut manakala DAP mahu menguasai/memimpin seperti PAP di Singapura.

2/ Mengapa krisis ini terjadi?

Parti komponen PH, PPBM menarik sokongan bersama 11 lagi ahli Parlimen daripada PKR menyebabkan kerajaan PH runtuh. PM Tun Mahathir meletak jawatan dan keluar parti.

3/ Apa penyelesaian terbaik krisis ini?

Ada dua, pertama, serahkan kepada 222 wakil rakyat (ahli politik) sedang mencatur kuasa berdasarkan ketetapan bos masing-masing (elit politik).

Atau kedua, kembalikan kuasa memilih kepada rakyat supaya mereka membuat keputusan baru berdasarkan pengalaman dan penilaian masing-masing.

3/ Adakah kuasa YDP Agong boleh bubar Parlimen?

Ya boleh. YDP Agong mempunyai kuasa untuk membuat pembubaran Parlimen walau TANPA permohonan dari Perdana Menteri berdasarkan Perkara 55 (2), Perkara 40 (2B) & Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Rujukan:

Apa rancangan Tun Mahathir seterusnya?

Kemelut politik: Siapa Untung?

Rakyat perlu tentukan masa depan negara, bukan elit politik, kata Tok Mat

BN, PAS mahu Parlimen dibubarkan, tolak gabungan bersama DAP






Berita Berkaitan

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan