Menghasut: Adam Adli direman lima hari - pakdin.my

adam-adli-menghasut

KUALA LUMPUR 19 Mei – Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengesahkan perkara itu memberitahu, bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang majistret di Balai Polis Jinjang tengah hari ini.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adam-Adli-tangkap

UTAMAMenghasut: Adam Adli direman lima hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium