Menjawab Fakta Fakta Bohong PH

Sudah tersebar di Whatsapp mesej kononnya zaman PH ini banyak saham telah naik dan banyak syarikat telah untung. Cerita bohong ini dikongsi dalam Whatsapp dan disiarkan di Facebook ini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629766970496510&id=609108502562367

1) Realitinya, selepas PH ambil alih Putrajaya, harga saham FGV jatuh 69% dari sekitar RM2.00 pada zaman BN sehingga 64 sen pada 14 Disember 2018.

Di Zaman BN saham FGV ini nilai tertingginya dalam tempoh lima tahun lepas adalah RM2.99 pada 5 Disember 2014. Hari ini PH dakwa saham Felda naik 100% lebih katanya sebab harga sekarang adalah RM1.31.

Nampaklah tak menipunya PH, menipu sangat sangat. Di zaman BN harga saham dekat RM3, sekarang dah tinggal RM1.31 sen pun PH nak bangga. Kalau saham dah kukuh, kenapa Felda di zaman PH ini sibuk hendak menjual aset asetnya? Sehingga kini hotel, pangsapuri dan asrama pelajar milik Felda bernilai hampir RM2.2 billion sudah pun dijual.

Malah biasiswa anak anak Felda yang menaja sekitar RM500,000 hingga RM800,00 anak anak Felda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara pun sudah ditiadakan. Biasiswa itu dulunya di zaman BN dikenali sebagai Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Universiti Luar Negara.

PH ingat peneroka Felda ini boleh ditipu hidup hidup macam PRU14 ke? Semua itu tidak akan berlaku lagi. Sorrylah PH.

2) PH buat cerita kata Tabung Haji catat untung bersih RM500 pada suku ketiga tahun 2019. Kononnya ini adalah satu pencapaian paling besar dan hebat untuk orang Islam di zaman PH.

Jangan lah ingat semua pencarum pencarum Tabung Haji ini bodoh piang macam PH. Untuk makluman semua, keuntungan bersih RM500 juta sebenarnya sikit sahaja berbanding pencapaian hebat Tabung Haji di zaman BN.

Tahun 2014 : Untung Bersih RM2.97 billion
Tahun 2015 : Untung Bersih RM3.53 billion
Tahun 2016 : Untung Bersih RM2.48 billion
Tahun 2017 : Untung Bersih RM3.41 bilion

Dapat pada PH, untung bersih pada tahun 2018 terus menjunam pada RM1.6 billion sahaja. Kalau satu suku tahun PH boleh bangga kalau dapat RM500 juta, ini bermakna unjuran keuntungan bersih untuk tahun 2019 hanyalah sekitar RM1 billion sahaja. Satu kejatuhan yang teruk, turun RM600 juta berbanding keuntungan tahun lepas.

Paling teruk adalah aset aset Tabung Haji dan FGV semua hendak dijual di zaman PH. Aset ladang kelapa sawit bernilai RM4.13 billion di Indonessia hendak dijual oleh PH. https://www.bharian.com.my/…/fgv-tabung-haji-pertimbang-jua…

Ini belum cerita lagi bab dividen Tabung Haji, semua orang tahu kadar dividen di zaman PH lah yang paling teruk sekali.

3) Kononnya untung Petronas adalah RM36.4 billon itu sudah tinggi dan nilainya sudah banyak. Skrip yang sama, menyatakan bahawa saham FGV naik kepada RM1.31 itu dah terlalu tinggi, Tabung Haji untung RM500 juta tu dah banyak dah.

Jangan terpedaya dengan kencing mereka ini. Itu pun PH dah mengaku prestasi untung RM35.4 billion itu sudah susut 11% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Yang PH tidak cerita dalah aset Petronas makin berkurang sebanyak RM14.8 juta, sehingga akhir September, jumlah aset firma itu berkurangan kepada RM621.4 bilion daripada RM636.3 bilion pada 31 Disember 2018.

Yang PH tidak cerita adalah badan penarafan MOODY’S investors Service telah menurunkan penilaian terhadap Petronas daripada A1 kepada A2, suatu penilaian negatif dan ia merupakan satu rekod yang tidak pernah berlaku sejak Petronas diwujudkan.

Yang PH tidak cerita adalah di zaman PH, Petronas kena bayar dividen setinggi RM80 billion kepada kerajaan PH berbanding di zaman BN hanya RM16 billion sahaja.

Yang PH tidak cerita adalah nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS sudah menurun.

Kalau hendak cerita keuntungan Petronas, kena ambil cerita di zaman BN, Petronas masuk dalam senarai Fortune Global 500, syarikat pertama di Asia dan ke-8 di dunia yang mencatatkan keuntungan paling besar. Zaman PH ni ada ke Petronas masuk dalam ranking itu lagi?

4) PH kata Telekom Malaysia catat untung biarpun kos internet telah dikurangkan separuh. Bangga sangat PH bila Telekom Malaysia untung RM261.3 juta di zaman PH ni, untung ini sebab PH lah ye?

Bagi orang yang suka membaca headline sahaja maka akan bertepuk dan bersorak lah bila membaca ulasan PH ini, sedangkan kalau dibaca sampai habis dalam artikel Berita Harian itu akan dijumpai perenggan yang bertulis begini :

“Bagaimanapun, pendapatan untuk suku dikaji jatuh 3.2 peratus kepada RM2.85 bilion daripada RM2.95 bilion yang dicatatkan setahun lalu.

Pendapatan untuk tempoh itu adalah sebanyak RM8.4 bilion, 3.8 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu”

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/632235/tm-raih-untung-bersih-suku-ketiga-rm2613-juta

Maksudnya ulasan bahawa TM lebih untung di zaman PH ini berbanding zaman BN adalah tidak benar. Keuntungan itu sebenarnya jatuh dan merosot berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam senyap senyap TM kurangkan gaji pekerjanya, betul ke? Kalau tidak percaya tengok video ini
https://www.youtube.com/watch?v=tfz3k1gimdw

Yang ini PH tidak pernah cerita, senyap senyap je kena kurangkan gaji. Yang PH senyap senyap tidak ceritakan adalah TM kena jual asetnya dan saham TM pun jatuh teruk di pasaran. Baca di sini.
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/telekom-malaysia-akan-jual-lebih-banyak-aset/

5) MAHB dikatakan meraih keuntungan bersih RM197.87 juta oleh PH, pelancong ramai katanya datang ke Malaysia.

Itu yang PH seronok cerita, yang rakyat tidak tahu adalah :
Dalam senyap senyap MAHB telah diturun taraf oleh pihak antarabangsa, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS telah menurunkan penarafan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 2.

Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Malaysia kini setaraf dengan Bangladesh, Costa Rica, Curacao, Ghana and Thailand.

Lebih parah, sudah ada usaha usaha hendak menjual lapangan terbang di negara kita ini kepada pihak asing. Bulan September lepas sudah kedengaran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dilaporkan berada dalam proses akhir penjualan pegangannya dalam Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang di London iaitu Vinci & Gatwick Airports.

Senang sungguh PH mentadbir negara ini, jual aset dan kemudian isytihar kata untung banyak.

Pada tahun 2018, MAHB untung sebanyak RM727.30 juta berbanding RM239.75 juta pada 2017. Bagi tempoh sembilan bulan, untung bersih MAHB susut 27.4 peratus kepada RM507.53 juta daripada RM699.21 juta pada tahun sebelumnya. Perenggan yang untung susut ini tidak diceritakan kepada rakyat. PH buat senyap senyap je. Apa ingat rakyat tidak tahu ke?

6) Yang PH cerita pada headline adalah RHB untung dan kerajaan PH ada saham dalam RHB, jadi logik akal PH untung RHB itu adalah hasil tangan kerajaan PH lah. Hehehe mudah sungguh claim kredit PH ni. Apakah untung ini kerana jual aset?

Yang PH tak cerita adalah secara senyap senyap RHB pun sudah jual asetnya. Pada 31 Julai 2019, RHB telah menjual perniagaan insurannya kepada Tokio Marine Asia Pte Ltd dengan nilai hampir RM2 billion. Syarikat RHB Insurance yang dimiliki oleh rakyat Malaysia akhirnya dijual kepada orang asing. Ini yang dikatakan PH membela dan mempertahankan Melayu? Piraahhhh !!!

Dalam artikel tu mereka bangga bercerita RHB untung RM197 juta di zaman PH, wah dah kira besar dan hebatlah tu. Padahal di zaman BN, untung RHB adalah seperti berikut :

Untung tahun 2016 : RM1.68 billion
Untung tahun 2017 : RM1.95 billion

Biar cerdik lah mahacai PH ooi, nak back up tu agak agaklah. Carilah data yang kukuh sikit.

7) Bangga PH nyatakan DRB HICOM untung sebanyak RM40.08 juta. Betul ke untung ni? Ke jual untung sebab jual aset?

Untung kerana dasar di zaman PH ke? Proton X70 ni produk di zaman PH kan? Tak lah, mana ada. Semua dasar ini dibuat di zaman BN dahulu. Dulu PH asyik kutuk BN hendak jual pada China, sekarang tengoklah siapa yang jilat balik tuduhan mereka tu.

Semua dasar dan polisi yang betul untuk DRB Hicom ini sudah dibuat di zaman BN demi menyelamatkan Proton dan 60,000 pekerja DRB Hicom.

Baca sini :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/463996/langkah-kerajaan-bn-menguntungkan-negara-rakyat-najib

Kerana strategi yang betul dan diperbetulkan inilah maka pada Mei 2018, DRB Hicom mencatatkan keuntungan kali pertama dalam tempoh tiga tahun, apabila merekodkan keuntungan sebelum cukai RM415.13 juta bagi tahun kewangan 2017/2018.

Setakat untung RM40 juta dah nak bangga. Zaman BN untung 10 kali ganda daripada itulah.

8) Untung apanya, untung sebab jual aset? Saham TNB bernilai RM85 jual telah dijual oleh Khazanah pada 11 April 2019. Harga saham TNB juga jatuh di zaman PH. Jatuh 44 sen atau 3.5 peratus kepada RM12.44 sesaham pada April 2019, paras terendah sejak Oktober 2015.

Untung sebab tiba tiba bil elektrik naik pada bulan Mac lepas ke? Seluruh rakyat Malaysia terkejut bila mendapat bil elektrik terbaru daripada TNB pada sekitar bulan Mac dan April tahun ini. Meningkat berkali ganda.

Sebelum akhirnya TNB menyatakan ada kesilapan kerana bacaan data meningkat, tetapi bil tetap begitu juga. Rakyat kena bayar juga.

Tahun depan sudah tentu untung TNB naik berlipat kali ganda. Kenapa? Sebab sudah ada tariff elektrik baru dikenakan mulai September tahun depan.

Baca sini
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/607751/tarif-elektrik-berbeza-ikut-waktu

Apakah ada jaminan kenaikan tarif ini tidak akan bebankan pengguna dan rakyat? PH juga telah sebabkan saham TNB jatuh 1.75% kerajaan PH meminta cukai sejumlah RM3.98 bilion untuk tahun 2015 hingga 2017.

PH bangga TNB catat untung RM1.2 billion dalam artikel tersebut, tetapi dalam senyap senyap PH ambil RM3.98 billion daripada TNB menerusi cukai. Jadi untung apanya, rugilah TNB (-2.78 billion).

Zaman BN tidak ada pun cadangan untuk naikkan tarif elektrik, tidak pernah berlaku pun dalam sejarah tiba tiba bil elektrik rumah naik mendadak. Tetapi tengoklah sendiri berapa TNB untung di zaman BN.

Pembayaran dividen pun tinggi bila TNB untung tinggi di zaman BN, baca ini

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tnb-umum-pembayaran-dividen-tertinggi-sebanyak-rm3-5-bilion-158973

Dividen di zaman PH ni berapa ye?