28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Menjelang PRU13: Misi Pas Ganti UMNO

Kah kah kah… Bertanding 66 daripada 222 kerusi Parlimen. Tak sampai 1/3 pun

DAP ganti PAS mungkin. Pencacai PAS tak reti matematik atau mata mereka telah dibutakan oleh jampi Nik Aziz.

Misi pelik PAS yang bertanding 66 daripada 222 kerusi parlimen

KENYATAAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai wadah politik utama bagi umat Melayu/Islam di negara ini disambut oleh pemimpin Umno dengan soalan: “Bagaimana Abdul Hadi boleh berkhayal setinggi itu sedangkan di Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) pun Pas masih terpinggir?”

Mereka turut mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terus beretorik kosong tanpa berpijak di bumi nyata kerana rakyat sudah dapat melihat dengan jelas bagaimana pemimpin parti itu dipinggirkan oleh DAP dan PKR, dan hanya dipergunakan untuk meraih undi pada pilihan raya.

Berikut adalah kenyataan penuh pemimpin-pemimpin Umno berkenaan.

PULAU PINANG:

“SAYA cukup ragu dengan kenyataan seperti itu. Lihat saja di Pulau Pinang, teramat jelas Pas disisihkan oleh DAP dan PKR dalam Kerajaan Pulau Pinang. Pas hanya ada satu kerusi Dun, tetapi yang satu itu pun tidak diberi jawatan Exco. Bagaimana mereka kata nak bela nasib orang Melayu/Islam sedangkan kedudukan mereka sendiri terpinggir?

Sudah sampai masa bagi pemimpin Pas berfikir secara mendalam mengenai kedudukan parti itu dalam PR kerana apa yang berlaku di Pulau Pinang sudah cukup jelas. Kerajaan DAP Pulau Pinang tertubuh daripada undi ahli Pas dan merekalah yang menjayakan perjuangan DAP. Tetapi, apabila DAP memerintah, satu kerusi Exco pun tidak diberi.

Pada masa Barisan Nasional (BN) memerintah, walaupun MIC menang satu kerusi tetapi mereka diberi satu kerusi Exco kerana mewakili masyarakat India. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menghormati ahli Pas walaupun Pas menang satu kerusi Dun.

Kemudian mereka menyanyikan lagu merdu untuk Pas… mahu lantik wakil Pas sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), itupun sampai empat tahun masih belum tertunai.

Dua isu ini sudah cukup untuk menunjukkan Pas sememangnya terpinggir dalam pakatan. kerana itu, janganlah bercakap konon nak wakili umat Islam/Melayu di peringkat nasional sedangkan mereka (Pas) belum tentu akan diberi jawatan sekiranya dapat menawan Putrajaya. Pas perlu ambil ini sebagai iktibar agar mereka tidak terus ditipu dan diperkotak-katikkan.

Cukuplah mereka ditipu di Pulau Pinang, janganlah mereka tertipu lagi konon mampu tadbir negara.”

Datuk Zainal Abidin Osman
Pengerusi Umno Pulau Pinang

“DIA (Pas) dia ganti Umno. Saya kata, model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas langsung tidak bimbangkan kita (Umno). Sebabnya, sehingga kini Pas masih belum berjaya menyelesaikan banyak isu kebajikan rakyat terutama di Kelantan yang diperintah oleh parti itu sejak sekian lama.

Apa kebajikan yang mereka sudah lakukan? Masalah air di Kelantan sendiri pun mereka gagal diselesaikan.

Sekarang mereka mahu melaungkan model Negara Berkebajikan pula. Mahu bina lebuhraya pun minta duit rakyat. Bagaimana mereka mahu buat model Negara Berkebajikan?

Timbul isu Negara Berkebajikan hanya kerana Pas sanggup menggadaikan prinsip yang mereka perjuangkan selama ini ialah Negara Islam semata-mata takut pada DAP. Jadi bagaimana mereka mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam jika tidak mempunyai pendirian yang utuh dan masih dibayangi oleh parti lain?”

Datuk Musa Sheikh Fadzir
Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang

“SIAPA kata Pas layak ganti Umno? Itu hanya mimpi siang hari dan gimik pilihan raya saja. Dalam pakatan pun Pas tiada peranan, apa lagi lagi mahu ganti Umno bela nasib orang Melayu, orang Islam. Contoh sudah ada, lihat saja isu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Sebelum ini terang-terang janji mahu beri kepada Pas tetapi kemudian dapat kepada PKR. Orang Pas masih belum sedar lagikah?

Nampak sangat Pas tidak mampu bela nasib sendiri apa lagi nasib orang Melayu, orang Islam seluruhnya. Apabila jawatan (YDP MAINPP) tidak diberi kepada Pas, mereka bisinglah sekejap, lepas itu terus tutup mulut. Kita pun tak tahu siapa sebenarnya YDP MAINPP sekarang.

Saya cabar Pas untuk buktikan ia benar-benar parti berwibawa di Pulau Pinang sebelum boleh sembang mahu bela nasib Melayu/Islam di peringkat nasional. Bagaimana mereka nak berkuasa, nak tunaikan janji jika dengan DAP dan PKR pun pendirian masih ‘berlaga’.

Pas mahu negara Islam tetapi DAP sama sekali tidak mahu dan PKR pula sibuk mahu menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak mempunyai pendirian seperti BN dan saya yakin PR akan berpecah selepas pilihan raya umum nanti.”

Shaik Hussein Mydin
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang

MELAKA

“Pas tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk parti itu masih di belakang DAP dan PKR. Jika pakatan berjaya merampas tampuk pemerintahan sekali pun, Pas akan lebih dilihat sebagai parti ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR.

Apatah lagi setelah ia menyimpang daripada perjuangan asal mahu menegakkan Islam, orang Melayu/ Islam sendiri pun sudah semakin jauh dari Pas. Jadi jika pakatan memerintah, yang sebenarnya berkuasa adalah DAP, bukan Pas. Orang Melayu jangan terpedaya dengan cakap-cakap seperti itu.”

Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Umno Negeri

KEDAH:

“Pas hanya beranganangan bercakap mampu gantikan Umno sebagai parti Melayu-Islam di negara ini. Saya percaya rakyat bijak nilai kemampuan mereka dan melihat kemampuan PR tadbir beberapa negeri sebelum ini. Kenyataan itu untuk yakinkan penyokong mereka agar bersama walaupun realitinya Pas berada dalam keadaan lemah’

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Pengerusi Umno Kedah

“Rakyat sudah muak dengan kenyataan retorik Pas seperti itu sedangkan terbukti mereka tidak mampu menunaikan manifesto sepanjang PR tadbir tiga negeri. Kita yakin rakyat sentiasa bersama Umno serta BN yang sentiasa konsisten bela nasib rakyat.

Sepanjang PR tadbir negeri ini, tidak banyak usaha dilakukan untuk bela nasib golongan muda termasuk dalam aspek pendidikan”

Badrul Hisham Hashim
Ketua Pemuda Umno Kedah

PERLIS:

“Pas tidak layak ganti Umno sebagai wadah politik utama umat Islam/ Melayu kerana parti itu hanya berstatus minoriti. Pas masih mahu mengaku ia mampu menggantikan Umno. Umno tiada masalah untuk beri laluan jika kedua-dua parti mempunyai matlamat sama. Tetapi jika mereka mahu mengganggu perjuangan Umno, ini bermakna mereka turut mengganggu orang Melayu”

Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi Umno Perlis

SELANGOR:

“Mustahil. Pas tidak mungkin ganti Umno memandangkan di Selangor Pas hanya miliki lapan kerusi Dun berbanding Umno, 18. Daripada 56 kerusi Dun (keseluruhan) Umno bertanding 35, sedangkan Pas hanya bertanding 20.

Jika Pas nak menggantikan Umno, Pas kena ada 35 kerusi tetapi kalau setakat bertanding 20 kerusi, hentikanlah cita-cita itu.

Tidak logik betul kenyataan Presiden Pas!

Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
Setiausaha Umno Selangor

“Pas belum cukup sedia gantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam atau pemimpin negara ini. Untuk gantikan Umno, Pas perlu kuat dalam PR atau dari kata lain mestilah lebih menonjol dan memonopoli pakatan .

Jika dilihat dalam konteks negeri Selangor Pas hanya bertanding beberapa kerusi malah gagal bersuara dalam menegakkan Islam semasa kes murtad dan arak’

Datuk Sohaimi Shahadan
Ketua Pemuda Umno Selayang

JOHOR:

“Ini hanya retorik kosong. Kenyataan seperti ini bukan perkara baru bagi Pas. Umno tidak pernah sesekali bimbang dengan model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas. Kita juga tidak pernah membenarkan sebarang diskriminasi terhadap kaum lain sejak dahulu. Sebelum ini, mereka (Pas) pernah cakap mengenai hal ini.

Tidak mengapalah, itu hak dia. Bagaimanapun, kita (Umno) nak tengok berapa banyak kerusi akan mereka bertanding pada PRU13, khususnya di Johor.

Adakah parti komponen lain dalam pakatan seperti DAP akan memberi lebih kerusi kepada Pas pada PRU nanti? Janganlah kita diperbodohkan dengan retorik yang mereka uaruarkan.

Model Negara Berkebajikan yang dilaungkan juga retorik. Kadang kala cakap ini, kadang kala cakap itu. Mereka tidak istiqamah malah selalu berubah-ubah.

Datuk Samsol Bari Jamali
Ketua Penerangan Umno Johor

“Saya berasa cukup ragu dengan kenyataan seperti ini kerana masalah rakyat yang mereka tadbir pun gagal diselesaikan, bagaimana nak bela umat Islam, orang Melayu seluruh negara?

Pas perlu dapat keyakinan dan diterima secara umum oleh semua lapisan masyarakat pelbagai kaum terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jika benar mereka sudah sedia, apakah persediaan itu?

Mereka sendiri tidak mampu merealisasikan Negara Berkebajikan yang dilaungkan. Lihat sahaja masalah isu air di Kelantan, adakah ia sudah selesai?

Tidak semua orang boleh terima matlamat perjuangan Pas. Umno diterima kerana kita tahu keperluan masyarakat yang berusaha kekalkan keharmonian serta perpaduan malah memartabatkan agama, bangsa dan negara.”

Datuk Abdul Halim Suleiman
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau

————————————–

PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan