Menjual Nama Najib Razak - pakdin.my

1. Lokman Nor Adam menyatakan beliau dipecat dan membuat keputusan akan bergiat secara NGO menyokong UMNO untuk menaikkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pemimpin UMNO semula.

(Sila ke page saya https://www.facebook.com/ABJALILBACKER) untuk membaca ulasan pemecatan Lokman Nor Adam)

2. Sebenarnya Lokman tidak ada pengaruh pun untuk menaikkan Najib Razak. Sebaliknya Najib Razak lah yang menaikkan nama beliau. Beliau menunggang populariti Najib Razak sehingga menang MT UMNO.

3. Dengan mengisytihar akan membantu Najib Razak menjadi pemimpin UMNO semula, Lokman berharap ahli UMNO yang menyokong dan bersimpati kepada Najib akan menyokong pergerakan beliau.

4. Tidak mustahil untuk Najib membuat ‘comeback’ dalam politik UMNO dan negara. Namun ia bergantung kepada keputusan Mahkamah dan masa hadapan.

5. Tiada apa yang mustahil, Mahathir dua puluh tahun bersara pun boleh kembali menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim sudah dua kali masuk penjara pun bakal menjadi Perdana Menteri hujung tahun ini ().

6. Cuma sebelum kembali DS Najib bukan sahaja perlu membersihkan kesnya tetapi juga sekelilingnya. Sejak menjadi Perdana Menteri sehingga kalah, banyak orang sekeliling beliau merupakan mereka yang mengambil kesempatan tanpa mengira keadaan beliau.

7. Orang seperti Lokman dan beberapa orang sekeliling beliau mengambil kesempatan ke atas kebaikan DS Najib sejak sebelum PRU sehinggalah sekarang.

8. Lihat saja kes 1MDB siapa yang mendapat faedah dan keuntungan peribadi bukannya diri beliau sendiri.

9. In sha Allah suatu hari nanti saya akan tulis bagaimana sikap Najib Razak yang terlalu baik dengan orang sekelilinglah yang menjerumuskan dirinya kepada keadaan sekarang.

Oleh: Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIKMenjual Nama Najib Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium