Menteri Hadiri Taklimat Khas Di Majestic Hotel Di Percayai Mengenai 1MDB - pakdin.my

najib-Majestic Hotel

Menteri Kabinet menghadiri taklimat khas pada Selasa malam, dipercayai berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum berlangsungnya mesyuarat mingguan pada Rabu.

Sesi tertutup itu diadakan di sebuah Majestic Hotel dan sekurang-kurangnya 11 menteri dilihat berada di lokasi.

menteri-majestic-hotel

Antaranya adalah, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jalal dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusuf.

Turut kelihatan ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Unggah Embas.

menteri-majestic-hotel-2

Menurut sumber, mesyuarat yang bermula pukul 8.30 malam itu bertujuan untuk memberi taklimat terkini berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun, maklumat terperinci berhubung perjumpaan itu tidak diperoleh.

Ketika ia berlangsung, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menghadiri satu majlis di hotel sama, bagaimanapun beliau tidak menghadiri sesi berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru pulang bercuti juga tidak hadir.

Sehingga pukul 10.30 malam, mesyuarat itu masih berlangsung.

 

 

UTAMAEDITORIAL1MDBMenteri Hadiri Taklimat Khas Di Majestic Hotel Di Percayai Mengenai 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium