Menteri India tidak mahu jumpa Menteri Malaysia - pakdin.my

Diplomasi Malaysia kian memburuk.
Menteri Perdagangan India, Piyush Goyal menolak untuk bertemu dengan menteri Malaysia berhubung isu kelapa sawit.

Beliau memberi alasan amat ‘sibuk’ dan tidak mempunyai masa untuk bertemu menteri dari Malaysia.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Darell Leiking bercadang bertemu Piyush pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2020.

Namun permohonan pertemuan tersebut ditolak oleh Menteri dari India terbabit.

India dikatakan mula mengadakan pelbagai sekatan import dan eksport ke atas Malaysia, termasuk menyekat kemasukan peralatan mikro proses dan telekomunikasi dari Malaysia.

Ia dilihat sebagai tindak balas perdagangan pertama India terhadap Malaysia berhubung pendirian politik yang dikatakan ‘mencampuri’ urusan mereka.

India, merupakan pengguna minyak masak terbesar dunia, mengehadkan import ke atas produk sawit bertapis pada minggu lalu dan secara tidak rasmi mengarahkan peniaga supaya mengelak melakukan pembelian dari Malaysia.

Langkah itu dijangka mewujudkan cabaran besar kepada Malaysia, kerana India adalah pasaran terbesarnya sejak lima tahun lalu.

Penanda aras harga sawit tidak akan meningkat di atas RM3,300 satu tan pada separuh pertama 2020 dan rali baru-baru ini menyebabkan kelebihan daya saingnya berbanding minyak masakan lain berakhir.

Harga sawit juga mungkin jatuh di Malaysia ke paras RM2,818 satu tan, kerana ia melepasi sokongan RM2,911. – BuletinAsia

UTAMAEKONOMIMenteri India tidak mahu jumpa Menteri Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium