Menteri KDN campurtangan urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara? – Mohamad Hasan #Justice4Adib - pakdin.my

Saya telah membaca menerusi Keratan Ahkbar bahawa YB Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan satu Inquest Kematian dibuat untuk menentukan punca kematian Arwah Adib, Anggota Bomba yang meninggal dunia yang disyaki telah dipukul semasa kejadian Rusuhan di Kuil Hindu USJ Subang.

PERTAMA , saya terpanggil untuk bertanya kenapa Menteri KDN yang memberi pernyataan akhbar tersebut dan BUKAN Peguam Negara sendiri?

Ini memberi persepsi kepada Rakyat Malaysia bahawa Menteri KDN campur tangan terhadap urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara.

KEDUA, mengapa Peguam Negara mengarahkan satu Inquest Kematian dibuat WALHAL Pihak Polis sedang atau masih menyiasat kes kematian Arwah Adib ini sebagai Kes Bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan?

Adakah Peguam Negara sudah tidak percaya dengan kredibiliti dan kecekapan pihak polis melakukan tugas siasatan kes bunuh ini?

Sudah tentu satu tindakan menyiasat “punca kematian” dan menyiasat “siapa yang menyebabkan kematian” Arwah Adib merupakan Objectif yang BERLAINAN?

Kenapa pihak Kerajaan menerusi Peguam Negara cuba memesongkan pandangan Rakyat yang menunjukkan seakan-akan kematian Arwah Adib terbela walhal pembunuh Adib masih Bebas?

Saya amat simpati dengan keluarga Arwah Adib yang sehingga kini tertanya-tanya siapakah pembunuh anak mereka?

Saya meminta pihak polis menyelesaikan siasatan file kes ini dengan SEGERA dan pihak Pejabat Peguam Negara sebagai Pendakwaraya perlu tegas menerusi siasatan Pegawai Penyiasat Polis bagi menentukan samada Arwah Adib dibunuh, siapa tertuduhnya dan BUKAN menggunakan Prosiding Inquest Kematian oleh sebuah Mahkamah Koronor bagi tujuan BAGAIMANA Arwah Adib meninggal dunia dan BUKAN mencari Pembunuhnya.

Rakyat sekarang melihat samada Kerajaan ini mematuhi Rule of Law atau hanya menggunakan prosidur undang-undang bagi melenggah-lenggahkan Keadilan.

…….
Oleh: Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan

Rujukan:
Peguam Negara masih keliru sebab kematian Muhammad Adib sedangkan bedah siasat jelas menunjukkan dibunuh #Justice4Adib
https://pakdin.my/peguam-negara-masih-keliru-sebab-kematian-muhammad-adib/

#Justice4Adib: Sultan Nazrin menitis air mata menitahkan,jenayah sekejam ini tidak noleh dilindungi
https://pakdin.my/justice4adib-sultan-nazrin-menitis-air-mata-menitahkanjenayah-sekejam-ini-tidak-noleh-dilindungi/

Netizen persoal inkues tentukan sebab kematian Adib #Justice4Adib
https://pakdin.my/netizen-persoal-inkues-tentukan-sebab-kematian-adib-justice4adib/

https://pakdin.my/tag/Muhammad-adib/

UTAMABERITAMenteri KDN campurtangan urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara? - Mohamad...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium