Menteri Kewangan atau Menteri Bangang? - pakdin.my

Bajet 2019 akan mengalami defisit yang lebih besar setelah harga minyak jatuh sekitar USD55 setong berbanding anggaran Lim Guan Eng USD70 setong.

Tiba-tiba ada peruntukan khas pula RM328 juta untuk bantuan persekolahan 2019 – RM100 – untuk setiap pelajar dari keluarga berpendapatan bawah RM3 ribu.

Tentu kita berterima kasih kerana Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan ini menjelang sesi persekolahan akan datang.

Terima kasih Lim Guan Eng kerana sekali lagi membuat u-turn meneruskan polisi kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Namun ini juga menunjukkan Lim Guan Eng bukan memperbaiki pengurusan kewangan negara tetapi menghancurkan terus.

Bayangkan belum masuk tahun baru sudah terpaksa umum peruntukan luar bajet yang mencecah ratusan juta. Sampai hujung tahun depan entah berapa bilion lagi defisit yang akan berlaku kerana sikap semberono Menteri kewangan menyediakan Bajet 2019.

Anda boleh berlakon menjadi sederhana, prihatin rakyat, bersih dan telus, namun kebodohan adalah sesuatu yang sukar disembunyikan.

Ya anda bodoh sebab menamatkan polisi baik kerajaan lalu demi ego. Lucunya tidak sampai dua bulan terpaksa menelan kembali ludah sehingga menyebabkan bajet kerajaan menjadi tidak terurus dan lintang pukang.

Oleh: Ab Jalil Backer

UTAMAEKONOMIMenteri Kewangan atau Menteri Bangang?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium