Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm

Global

All countries
245,912,898
Confirmed
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
All countries
221,141,351
Recovered
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm
All countries
4,990,173
Deaths
Updated on October 28, 2021 18:38 6:38 pm

Menteri Sahkan Seorang Pelajar Tajaan MARA Cedera Dalam Rusuhan London

Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu malam semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra) di sini Selasa.

Mohd Shafie berkata, keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

“Mereka juga dinasihat agar tidak keluar ke mana-mana, melainkan terdapat urusan yang penting, dan Pengarah Pelajaran Mara serta pegawai-pegawai Mara dengan kerjasama pihak polis, sentiasa memantau keadaan di sana,” katanya.

Majlis berbuka puasa itu sebahagian aktiviti Kursus Kepimpinan Desa anjuran Infra, yang melibatkan 120 peserta anak-anak yatim dari Pahang, Perak dan Johor.

Kursus tiga hari yang bermula semalam itu bertujuan membina kecemerlangan serta jati diri peserta dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang baik.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan dan solat tarawikh bagi melahirkan peserta khusus berakhlak mulia selaras dengan kehendak Islam, selain meningkatkan kebolehan serta keyakinan peserta bagi mengenali potensi dan keupayaan diri.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021