26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Menyambut permulaan baru

1Malaysia LKW

Dalam masa beberapa detik, kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada 2013 dan menyambut tahun baru. Namun, ini bukanlah penghujungnya mahupun permulaan tetapi satu perjalanan yang sepatutnya memenuhi kehidupan rakyat Malaysia dengan penuh bijaksana dan pengalaman yang diperolehi.

Setelah berakhirnya tahun ini yang menyaksikan bantahan dan protes yang paling tinggi pernah dicapai dalam sejarah Malaysia, maka adalah menjadi harapan ikhlas saya agar rakyat Malaysia akan merapatkan jurang dan belajar untuk menghayati negara kita secara positif. Sudah tiba masanya kita berhenti mewarnakan imej negara secara negatif dan melihat secara positif serta menjana usaha proaktif tanpa mengira bangsa, agama, kelas, umur dan jantina. Permulaan yang baik sudah semestinya belajar untuk berkata baik tentang negara kita tanpa mensabotaj para pemimpin negara melalui komen yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati pemimpin.


Sejak wujudnya Internet dan laman media sosial, negara ini sering diasak dan ditusuk dengan kutukan dan propaganda terhadap kerajaan pemerintah. Telah menjadi kebiasaan untuk sesiapa yang menyokong BN dicap sebagai pengkhianat tetapi sebenarnya berdasarkan fikiran yang realistik. Tiada pemimpin ataupun kerajaan yang sempurna. Oleh itu, ini tidak membantu apabila kita sering memfitnah kerajaan dengan menyalakan api-api kebencian dan perkauman.

Tindakan mencemarkan imej dan peribadi pemimpin ini mesti dihentikan. Rakyat Malaysia tidak harus melayan propaganda bercorak fitnah dan kebencian. Marilah sama-sama komen secara berhemah dan tidak bertindak melulu dan bersifat hentam kromo. Kita patut menjadi warganegara yang berfikir secara objektif yang menilai kata-kata kita secara berhati-hati.


Menjelang 2014, saya berharap agar semua rakyat akan berganding bahu demi mengekalkan perpaduan dan keamanan yang sedia ada. Marilah kita menyambut tahun baru dengan tidak menyertai protes dan bantahan sebaliknya melakukan muhasabah diri secara optimistik. Perayaan tahun baru tidak harus diexploitasikan oleh mana-mana parti politik.

Natijahnya, saya mengajak semua rakyat menyambut 2014 dalam konteks Kemalaysiaan dan bukannya dalam niat kebencian. Kita perlu ada rasa bersyukur dan berterima kasih kepada tanah air yang begitu kaya dengan kebudayaan kita sendiri. Sesungguhnya kitalah yang bakal mencorak masa depan negara tercinta ini.


Selamat Tahun Baru.

Oleh: Datuk Huan Cheng Guan

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan