Meritokrasi Khusus Bantu Usahawan Bumiputera (video) - pakdin.my

Sejajar dengan cabaran transformasi negara pula, kerajaan akan memperkenalkan satu bentuk meritokrasi khusus sesama bumiputera.

Menurut Datuk Seri Mohd Najib, konsep itu akan diamalkan dalam agenda membantu usahawan bumiputera, termasuk proses penyenaraian syarikat bumiputera di Bursa Saham.

“Kita nak gunakan prinsip meritokrasi tapi di kalangan orang Melayu dan bumiputra, kalau kita nak tolong syarikat yang di senaraikan, syarikat itu mesti terbukti sebagai usahawan yang komited dengan usaha. Saya kata pada mereka, “It’s not who you know, it’s about know how.” Syarikat-syarikat yang tersenarai itu bukan pulak yang saya kenal atau sesiapa kenal tetapi kita ambil mereka kerana mereka telah ada track rekod yang berjaya. Saya nak lebih ramai syarikat seperti ini wujud di kalangan kita bumiputra.”

Menurut Datuk Seri Mohd Najib, Unit Peneraju Agenda Bumiputera atau TERAJU, kini dalam proses menyenaraikan seribu seratus syarikat bumiputra berkemampuan bagi tujuan itu.

Beliau menjelaskan, kaedah itu lebih baik dan mampu memberi keuntungan jangka panjang berbanding pemberian saham terbitan awam menerusi kuota bumiputera, yang tidak bertahan lama apabila ia dijual semula ke pasaran.

Perdana Menteri juga berharap dengan bantuan yang diberikan, syarikat terbabit tidak hanya menjadi pemain tempatan, sebaliknya mampu bersinar di peringkat antarabangsa.

UTAMABERITAMeritokrasi Khusus Bantu Usahawan Bumiputera (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium