Mesej Terakhir Noor Fikrie Sebelum Ditembak Mati Di Filipina - pakdin.my

Mohd Noor Fikrie Abd Kahar forum 2

Mohd Noor Fikrie Abd Kahar dikatakan telah menulis satu siri pesanan yang menyeramkan mengenai kematian dalam satu forum atas talian sehari sebelum dia ditembak mati kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengganas di Filipina.

Suspek yang berusia 26 tahun itu didakwa menjadi ahli dalam forum atas talian tempatan dan menulis dengan menggunakan nama, ‘goddjinn’ lapor oleh sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Melayu.

Menurut maklumat yang dipetik daripada portal web tempatan, CariGold yang menjadi hos kepada forum Perbincangan Agama, pengguna goddjinn telah menghantar 11 mesej pada 26 April, yang berkisar mengenai perjuangan menentang musuh-musuh Islam.

“Mati itu sahabat. Dia mengikutimu walau terkadang kamu melupakannya. Berkenalanlah dengannya sebelum ia menemui mu.

Mati membawa kita bertemu pencipta kehidupan. Mati bagi merehatkan seorang syuhada yang penat bertempur fisabillah,” menurut posting berkenaan.

Mohd Fikrie telah berlepas dari Malaysia di Sandakan keesokan harianya, dan tinggal di selatan Zamboanga City sebelum bergerak ke Cotabota City di Mindanao dan kemudia ke Davao.

Dalam mesejnya terdahulu pad 26 April, goddjinn telah mengeluh kerana kurangnya peluang untuk mati syahid ketika menentang musuh-mush Islam, dia menulis: “Kasihan orang Melayu yang tiada peluang untuk mati syahid.” Hampir semua entri yang dimuat naik suspek berkahir dengan mesej yang sama: “Dengan nama Allah, Tuhan yang satu, saya menyokong tindakan dan pergerakan Global Jihad bagi menentang pengganas agama dan sekutu kaum kafir, tidak kira apa jua harga mahupun pengorbanan, sehinggalah kemenangan atau mati syahid!.” Tajuk entri tersebut ialah, ‘The Crusades are back’ , mengandungi tiga klip video YouTube yang menampilkan Osama bin Laden dan perang Amerika Syarikat di Afghanistan.

Walaupun rakan-rakan atas talian goddjinn tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan identiti tersebut, mesej-mesej itu cukup mengganggu mereka untuk kembali menulis dan bertanya khabar sama ada suspek berada dalam keadaan baik.

“Mengapa anda tiba-tiba fikir mati ini menakutkan,” tanya salah seorang rakan atas taliannya yang turut menulis di forum itu.

Bagaimanapun mesej terakhir goddjinn pada 26 April lalu adalah yang terakhir dan selepas itu dia tidak lagi aktif dalam forum berkenaan.

Sejak menjadi ahli dalam forum berkenaan goddjinn telah menghantar sejumlah 2,438 mesej.

Pada awalnya, kebanyakan daripada entri dia tertumpu kepada perniagaan dalam talian, selepas itu barulah goddjinn mula memfokuskan kepada isu agama dan matu syahid bermula awal tahun ini.

Mohd Noor Fikrie Abd Kahar forum 1+++++

Pemimpin Tertinggi JI Teman Rapat Noor Fikrie – Polis Filipina

Pemimpin tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) Marwan dilaporkan merupakan teman rapat kepada Mohs Noor Fikrie Kahar yang ditembak mati di Davao, kata polis Filipina.

Ketua Polis Davao, Senior Supritendan Ronald de la Rossa berkata, Marwan atau nama sebenarnya Zulkifli Abdul Hir,46, dilaporkan sedang merancang untuk mengebom kawasan tersebut.

Bagaimanapun, percubaan berkenaan gagal apabila polis menembak Mohd Noor Fikrie yang berasal dari Kedah, menahan isterinya yang membawa bom dalam beg sandangnya Jumaat lalu.

Ketika ditanya sama ada pihak polis mempunyai maklumat di mana Marwan berada ketika ini, de la Rossa berkata: “Kami tidak tahu di mana dia berada. Saya berharap dan berdoa dia tidak berada di Davao.”

Marwan, yang berasal dari Muar merupakan individu yang paling dikehendaki FBI dan ganajaran sebanyak US5 juta (RM15 juta) ditawarkan bagi sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Dia dipercayai telah terbunuh dalam satu serangan udara yang disokong oleh Amerika Syarikat di sebuah kem militan di Parang, Jolo pada 2 Februari bagaimanapun pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan kematiannya.

De la Rosa berkata mereka mengetahui perkara tersebut melalui soal siasat yang dijalankan terhadap isteri Mohd Noor Fikrie, yang merupakan seorang mualaf warga Filipina, Annabelle Nieva Lee.

Berumur 26 tahun, Mohd Noor Fikrie merupakan anak kepada seorang polis pencen namun ia telah direkrut oleh kumpulan militan serantau, JI melalui Facebook.

Dia dilaporkan berhubung dengan Marwan dan Abu Sayyaf menggunakan Internet dan menjadikan Sanakan Sabah sebagai transit untuk dia melawat ke Bandar Zamboanga di Selatan Filipina sebelum ke Davao.

Laporan turut menunjukkan Marwan yang menjalankan latihan organisasi pengganas dan membuat bom buatan tangan dilihat kali terakhir bersama Mohd Noor Fikrie di Mindanao.

Sementara itu, Ketua Polis Sabah, Komisioner Datuk Hamza Taib berkata setakat ini tiada bukti yang menunjukkan kaitan antara Mohd Noor Fikrie dengan negeri itu.

Tambahnya, Mohd Noor Fikrie tidak pernah tersenarai sebagai orang yang dikehendaki oleh polis Sabah.

UTAMAMesej Terakhir Noor Fikrie Sebelum Ditembak Mati Di Filipina

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium