Thursday - July 29, 2021 @ 04:21
BERITANASIONALMesej Tweeter @NajibRazak Paling Banyak Ditulis Ulang (Retweet) Dalam Tempoh Lima Jam

Mesej Tweeter @NajibRazak Paling Banyak Ditulis Ulang (Retweet) Dalam Tempoh Lima Jam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh beramah mesra dengan cucu Al-Jabari semasa melawat ke rumah mangsa yang telah dibom Al Jabaari di Bandar Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh beramah mesra dengan cucu Al-Jabari semasa melawat ke rumah mangsa yang telah dibom Al Jabaari di Bandar Gaza

DAVOS (Switzerland), 23 Jan  — Mesej tweeter oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang paling banyak ditulis ulang atau ‘retweet’ selama kira-kira lima jam bermula 10 pagi Isnin.

Kedudukan itu dipaparkan pada skrin besar di Kongress Zentrum Building iaitu lokasi Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi (WEF) 2013 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 23 Jan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berada jauh di hadapan, meninggalkan Pengarang Sant Jordi Asociados, Paolo Coelho, Perdana Menteri Itali Mario Monti, kolumnis The New York Times Nicholas D Kristof dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Right Start Foundation International, Amr Khaled.

Mereka merupakan peserta forum berkenaan dan aktiviti twitter mereka dipantau oleh WEF.

Retweet yang aktif oleh pengikut twitter Najib itu dipercayai kerana perdana menteri kini berada di Gaza, Palestin.

Najib berkata beliau menurut kata hatinya untuk melawat ke Gaza supaya dapat berada bersama-sama rakyat Palestin.

Perdana menteri dijadual tiba di Bandaraya Davos, dengan keadaan cuaca yang amat jauh berbeza berbanding Gaza, pada 24 Jan.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here