Saturday - July 31, 2021 @ 11:34
BERITADUNIAMesir semakin bergolak

Mesir semakin bergolak

egypt 130210KAHERAH 9 Feb. – Beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan polis di beberapa wilayah di Mesir, semalam dalam satu tunjuk perasaan besar-besaran bagi mendesak Presiden Mesir, Mohammed Mursi memenuhi matlamat asal revolusi kebangkitan rakyat dua tahun lalu.

Kementerian Kesihatan berkata, lebih 120 penunjuk perasaan cedera dalam tunjuk perasaan itu, kebanyakan mereka akibat terhidu gas pemedih mata.

Di Kaherah, penunjuk perasaan melontar bom petrol dan menyalakan api, ketika van pasukan keselamatan melalui kumpulan penunjuk perasaan yang memenuhi dataran menuju Istana Presiden.

Pertempuran juga berlaku di beberapa bandar di Lembah Nil, wilayah Gharbiya, yang menyebabkan 28 cedera, kata kementerian itu.

Ketegangan bermula selepas beribu-ribu tunjuk perasaan memenuhi beberapa bandar di Mesir dalam satu tunjuk perasaan anjuran pembangkang yang menggelarkan perhimpunan itu sebagai perhimpunan ‘Maruah Jumaat’.

Agensi berita MENA melaporkan, Perdana Menteri, Hisham Qandil mengutuk keganasan tersebut sebagai satu tindakan yang ‘tidak wajar.’

“Mereka yang terlibat merosakkan kestabilan negara dan menjejaskan kepentingan rakyat,” katanya.

Beberapa bulan kebelakangan ini, Mesir menyaksikan beberapa siri tunjuk perasaan besar-besaran dalam usaha menentang Mursi.

Pembangkang berkata, Presiden Mesir itu mengkhianati revolusi yang menumbangkan pemimpin diktator, Hosni Mubarak, dan menuduh Mursi menggunakan kuasanya bagi menjaga kepentingan pergerakan Ikhwan Muslimin, yang diharamkan Hosni sebelum ini.

Sebanyak 38 pergerakan dan parti pembangkang didakwa menyertai perarakan semalam, yang mendesak agar kerajaan baharu perpaduan ditubuhkan, meminda Perlembagaan yang sebelum ini dirangka golongan Islam dan memberi jaminan kebebasan badan kehakiman. – AFP

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here