Mesyuarat angkat sumpah melantik Ketua Menteri baharu, dibatalkan - pakdin.my

Mesyuarat angkat sumpah bagi melantik Ketua Menteri baharu yang sepatutnya berjalan hari ini, dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurut sumber, tarikh seterusnya bagi melantik pemimpin negeri ini selepas Adly Zahari secara rasmi semalam, akan ditentukan pada satu tarikh yang akan diberitahu.

“Sepatutnya hari ini, tetapi dibatalkan.

“Difahamkan Pejabat Tuan Yang Terutama Negeri Melaka akan mengeluarkan kenyaaan dalam masa terdekat,” katanya sebentar tadi.

Semalam, Perikatan Nasional (PN) yang merupakan parti gabungan Barisan Nasional (BN), PAS dan BERSATU di negeri menyerahkan beberapa nama calon bagi menjawat jawatan Ketua Menteri.

Antaranya ialah mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali.

Berhubung situasi politik semasa di Melaka, Pakatan Harapan negeri ini memegang 11 kerusi iaitu, Bukit Katil, Duyong, Banda Hilir, Bemban, Durian Tunggal, Ayer Keroh, Machap Jaya, Klebang, Kesidang, Kota Laksamana dan Gadek

Manakala, 17 lagi kerusi termasuk (Telok Mas, Pengkalan Batu, Rembia, Paya Rumput yang mengambil keputusan menyokong PN) ketika ini berpihak kepada PN.

Antara kerusi tersebut ialah, Sungai Udang, Ayer Molek, Asahan, Pantai Kundor, Lendu, Taboh Naning, Kuala Linggi, Ayer Limau, Tanjung Bidara, Merlimau, Serkam, Rim dan Sungai Rambai. – MelakaKini

UTAMAPOLITIKMesyuarat angkat sumpah melantik Ketua Menteri baharu, dibatalkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium