Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Tidak Bincang Tarikh Pilihan Raya – Najib

Spekulasi kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dipanggil pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Jumaat ternyata tidak menjadi kenyataan.

Najib berkata tahun 2011 akan berlangsung tanpa Parlimen dibubarkan, dan mesyuarat hari ini langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Presiden Umno dan Pengerusi BN itu berkata ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama.

“Ini supaya kita dapat cari kata sepakat untuk tangani apa juga isu sama ada sensitif atau sebaliknya,” kata Najib.

Beliau menegaskan ada kenyataan mengenai parti dan isu tertentu boleh dibuat secara terbuka tetapi jangan sampai menyentuh sensitiviti parti dan pihak lain.

Beliau turut ditanya mengenai kedudukan MCA yang dilaporkan tidak menyokong cadangan membenarkan warga Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum akan datang kerana dikatakan tidak mengikuti perkembangan semasa di tanah air.

Najib berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menjelaskan perkara itu kepadanya hari ini.

Apa yang dijelaskan ialah kekhuatiran MCA berhubung kesukaran melaksanakan perkara itu yang mungkin membabitkan masalah lojistik memandangkan pengundian membabitkan kira-kira 800 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Jadi BN tidak menentangnya tetapi BN mahu mengetengahkan kesukaran besar dalam melaksanakannya, kata Najib.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Dr Chua berkata jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan membabitkan penghantaran kira-kira 800 peti undi ke luar negara.

Beliau menjelaskan perlu juga ada wakil dari parti terbabit dan pemerhati bebas, dan itu semua melibatkan kos yang besar.

MCA khuatir keadaan itu akan menimbulkan keraguan dan tohmahan tentang kesahihan pengundian, katanya.

Berkaitan